JEMAAH UMRAH IBARAT ‘PENJENAYAH’

 JEMAAH UMRAH IBARAT ‘PENJENAYAH’

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima pelbagai reaksi dan rungutan pelbagai pihak mengenai peraturan yang berbeza ke atas mereka yang kembali dari luar negara.


Kelmarin, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan memerlukan mereka yang pulang dari melaksanakan umrah memakai gelang elektronik (electronic bracelet) manakala mereka yang kembali dari London hanya memerlukan gelang merah jambu (pink bracelet).


“Peraturan sebegini seolah-olah mereka yang baru pulang dari Makkah adalah penjenayah yang menjalani perintah sekatan manakala mereka yang pulang dari melancong sebagai rakyat yang diringankan hukumannya” ujar Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi.


Menurut beliau lagi, keadaan di Makkah atau London atau di mana-mana sahaja semuanya telah terdedah kepada virus COVID-19 atau varian terbaharunya, Omicron.


“Adakah arahan berbeza ini menunjukkan bahawa mereka yang pulang dari menunaikan ibadat menjadikan lebih rentan dari mereka yang pulang dari melancong?”


“Saya menyeru kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin supaya MENGHENTIKAN lakonan ini dan berpijak di bumi nyata serta tidak membeza-bezakan layanan terhadap rakyat yang pulang ke negara ini,” tambah beliau lagi.


Beliau seterusnya mempersoalkan adakah pihak badan kesihatan dunia seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan negara Arab Saudi sebagai negara yg mempunyai kadar jangkitan Omicro yang tinggi.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *