JDT bakal umum 3 pemain baharu

 JDT bakal umum 3 pemain baharu

JOHOR BAHRU, 20 Jan 2022: Walaupun dikenali sebagai salah sebuah skuad terbaik di negara ini, namun Johor Darul Ta’zim (JDT) terus ‘bernafsu’ dalam mengukuhkan pasukan apabila membawa masuk beberapa pemain import baharu.

Selepas mengesahkan membeli Fernando Forestieri baru-baru ini, JDT turut akan mengumumkan tiga pemain import baharu dari Sepanyol hari ini bagi menghadapi kempen saingan Liga Malaysia 2022.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, pemain baharu berkenaan juga akan membantu JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

“Kami akan mengumumkan dua pemain baharu manakala pemain ketiga akan menyertai skuad di Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk pra-musim.

“JDT akan berlepas ke Dubai hujung minggu ini dan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi JDT.

Pada 14 Januari lalu, skuad Harimau Selatan itu mengumumkan kehadiran pemain import baharu mereka, iaitu Fernando Forestieri, yang sebelum ini beraksi dalam Liga Serie A, Itali.

Sehari sebelum ini, JDT turut mengumumkan kemasukan bekas pemain Selangor, Syahmi Safari.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

65  −  63  =