JDT derma duit juara Liga Super kepada tabung keluarga petugas barisan hadapan

 JDT derma duit juara Liga Super kepada tabung keluarga petugas barisan hadapan

Pemain JDT bersorak selepas sah bergelar juara Liga Super musim ini.

JOHOR BAHRU, 28 Ogos — Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) akan mendermakan duit kejuaraan Liga Super musim ini kepada tabung untuk keluarga petugas barisan hadapan.

Sumbangan itu dizahirkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran dalam Facebook milik Johor Southern Tiger hari ini.

Usaha yang dilakukan Tunku Mahkota Johor itu dilihat sebagai suntikan semangat bagi semua petugas barisan hadapan yang bertarung nyawa melawan pandemik COVID-19.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendedikasikan kejuaraan Liga Super Malaysia Kelapan ini kepada semua petugas barisan hadapan yang telah bekerja sepenuh hati ketika pandemik COVID-19.

“JDT juga akan mendermakan duit kejuaraan liga kepada tabung untuk keluarga-keluarga petugas barisan hadapan,” katanya.

Terdahulu, JDT muncul juara Liga Super musim ini selepas menjinakkan skuad Tok Gajah 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Gol kemenangan dihadiahkan menerusi hatrik pemain sensasi kelahiran Brazil, Bergson Da Silva.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1