Jawi tambah jemaah solat Jumaat

 Jawi tambah jemaah solat Jumaat

Gambar hiasan

Oleh Suraya Ali 

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter. 

Dalam satu kenyataan, Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, semalam. 

Selain perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat, jemaah solat fardu lima waktu turut diperluaskan kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter. 

“Aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat,” katanya. 

Semua ketetapan ini berkuatkuasa bermula dengan solat Jumaat hari ini dan tertakluk kepada SOP ketat yang telah ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9  +  1  =