Jawatan tiga Duta Khas kekal – PMO

 Jawatan tiga Duta Khas kekal – PMO

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Kerajaan bersetuju menyambung pelantikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri bertaraf menteri ke Timur Tengah, demikian menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Mesyuarat Kabinet semalam juga bersetuju menyambung pelantikan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke China dan Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Asia Timur.

Pelantikan ketiga-tiga duta berkenaan dibuat tahun lepas semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Abdul Hadi dan Tiong memegang jawatan masing-masing pada April manakala Riot pada Mei.

Mesyuarat Kabinet semalam adalah yang pertama dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 21 Ogos lepas.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  43  =  45