Janna bawa pulang anugerah, kekasih pula masuk hospital

 Janna bawa pulang anugerah, kekasih pula masuk hospital


PETALING JAYA : Keterujaan pelakon dan pengacara Bintang Paling Popular BH ke -34 (ABPBH34), Janna Nick membawa pulang anugerah terbantut apabila kekasihnya, Dini Scatzmann ditahan di hospital akibat demam dan jangkitan kuman. 

Janna menerus Instagram Story memuat naik foto dia memegang tangan kekasihnya yang sedang terbaring di katil hospital.

“Kasihan sayang saya (poor baby) Dini Schatzmann,”tulisnya.

Pada malam kemuncuk ABPBH34 kelmarin, pasangan itu menarik perhatian ramai apabila tampil dengan fesyen unik dengan mengenakan topeng penuh.

Janna tampil dengan busana sekuin rona perak manakala Dini menggayakan sut rona hitam dengan topeng memaparkan angka enam.

Rata-rata pengguna media sosial melabelkan pasangan bahagia itu sebagai Kim K dan Squid Game versi Malaysia.

Janna merangkul anugerah utama selepas meraih 86 juta undian daripada peminat. Selain itu, dia turut membawa pulang trofi Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

51  −  47  =