• Sunday, 20 June 2021, 12:45 pm

Jangan rompak, mohon bantuan kami akan bantu – Firdaus Wong

 Jangan rompak, mohon bantuan kami akan bantu – Firdaus Wong

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Multiracial Reverted Muslim (MRM) menawarkan bantuan kepada mereka yang kesusahan dan menyeru semua pihak menjauhi kegiatan jenayah.

Ini susulan Ketua Pegawai Eksekutif MRM Plus, Syed Zulkifli yang memaklumkan pasar raya milik kumpulan itu, MyKampung Fresh Mart di Seksyen 7, Shah Alam dirompak seorang individu semalam.

Menurut Pengasas MRM, Firdaus Wong, jumlah kerugian masih belum dikenal pasti dan tiada mangsa yang cedera.

“Kami telah membuat laporan polis dan staf yang masih trauma telah diarahkan untuk berehat,” katanya.

Rakaman CCTV kejadian turut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Susulan kejadian itu, Firdaus menasihatkan rakyat Malaysia tanpa mengira agama mahupun bangsa, jikalau kehilangan pendapatan dan kelaparan, jangan mencuri, merompak atau menipu.

“Beritahu kepada kami dan Insha Allah kami akan membantu semampu dan secepat mungkin. Tidak perlu merompak atau mencuri,” katanya ketika dihubungi Wacana.my.

Tambah Firdaus, bagi tiada akses internet boleh minta bantuan jiran tetangga untuk memohon bagi pihak mereka.

Mereka yang memerlukan bantuan boleh memohon di www.mrmcare.com

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *