Jangan pecahkan perpaduan Melayu – Wan Saiful

 Jangan pecahkan perpaduan Melayu – Wan Saiful

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan

Oleh Iqhram Ahmad

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Semua pihak dinasihat tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan kerjasama  dalam Perikatan Nasional (PN) melibatkan BERSATU, UMNO dan Pas serta penyatuan Melayu.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan perkara itu sebagai reaksi kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang mengatakan tidak akan berkompromi dalam soal pengagihan kerusi pilihan raya umum (PRU) yang melibatkan semua kerusi yang telah dimenangi UMNO pada PRU14 lalu.

Menurutnya, kenyataan Saarani terhadap BERSATU disifatkan perkara yang sia-sia kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat atau kebaikan kepada perpaduan politik orang Melayu.

Tambah beliau, kenyataan tersebut pada masa sama boleh menjejaskan perpaduan serta persefahaman yang sedia ada di kalangan kepemimpinan kedua-dua parti.

“BERSATU selama ini tidak membangkitkan isu berkaitan kerusi yang hendak dipertandingkan dalam pilihan raya umum. Kita sentiasa berpegang dengan pandangan bahawa biarlah perkara sebegini diselesaikan secara harmoni di meja rundingan.

“Jangan sesiapa pun menjadi ejen perpecahan terutama terhadap bangsa sendiri.

“Soal kerusi biarlah kepemimpinan tertinggi BERSATU, PAS dan UMNO berbincang mengenainya.

“Mengapa perlu dibangkitkan soal kerusi ketika rakyat sedang susah dan perlukan bantuan? Kita sepatutnya menguatkan kerjasama untuk menangani masalah rakyat. Bukannya sengaja mahu bawa pecah-belah. Kalau kita berpecah, yang akan bergembira hanya musuh-musuh politik kita,’’ katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4  +    =  8