#WAAW: Jangan kaitkan saya dan keluarga dengan pihak sana lagi – Nadia Brian

 #WAAW: Jangan kaitkan saya dan keluarga dengan pihak sana lagi – Nadia Brian

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Spekulasi mengenai status rumah tangga Nadia Brian akhirnya menemui titik noktah apabila pelakon wanita itu mengesahkan sah bercerai dengan bekas suaminya.

Nadia bersyukur kemelut rumah tangga berakhir setelah isu pergolakan perkahwinan menjadi bualan hangat sejak Oktober lalu.

ā€œAssalamualaikum semua, betul saya sudah bercerai. Alhamdulillah…Saya bersyukur setelah beberapa lama digantung tidak bertali akhirnya kami sah bercerai.

ā€œTerima kasih Allah, keluarga, rakan-rakan serta semua yang mendoakan masalah ini berakhir dengan baik. Dan saya juga berharap agar semua pihak tidak lagi mengaitkan saya dan keluarga dengan pihak sana.

ā€œSekarang masing-masing boleh meneruskan kehidupan dengan lebih aman. Fokus saya ketika ini adalah keluarga dan kerjaya. Terima kasih semua,ā€ luah Nadia di Instagramnya.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, memberitahu perceraian itu dilakukan di luar mahkamah seperti diminta oleh bekas suaminya, Muizz Nasruddin.

Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan Muizz sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada 2 Oktober lalu selepas mendakwa melihat Nadia curang di depan matanya.

Muizz juga sebelum ini ada memuat naik gambar dan kapsyen berbaur kekecewaan sehingga mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen berhubung status rumah tangga mereka.

Nadia dan Muizz berkahwin pada 9 November 2019 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

81  −  78  =