Jangan hina pemimpin negara : Pintar

 Jangan hina pemimpin negara : Pintar

PROF DR MOHD ROSLAN: Rakyat perlu beringat mengenai akibat sekiranya tidak mengawal emosi terutama ketika memberi komen dalam laman sosial

By Suraya Ali 

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) menasihatkan rakyat yang melayari media sosial (netizen) supaya lebih berhemah dan menjaga setiap perkataan yang diungkapkan dalam setiap siaran. 

Presidennya, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, pertubuhan itu melihat bahawa netizen perlu diberi nasihat dan peringatan dalam memberi komen di media sosial terutama ketika mana rakyat masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sekarang.

“Kita harus membuat refleksi terhadap COVID-19 yang bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi ia pandemik yang bersifat global, merentas negara dan dan benua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mengambil contoh cercaan netizen terhadap lawatan rasmi Perdana Menteri ke Indonesia di atas jemputan presidennya pada 4 dan 5 Februari lalu, PINTAR berpendapat perkara itu sesuatu yang amat memalukan negara. 

“Lawatan tersebut adalah penting untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin di antara Malaysia dan Indonesia selain merangkumi pelbagai perkara utama termasuk kerjasama menangani COVID-19. 

Beliau berkata, itu bukan lawatan peribadi mahupun untuk bercuti. Ia adalah menjalankan tugas negara. Sudah tentu menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menjalankan tugas sebaiknya demi kebaikan negara. 

Prof Dr Mohd Roslan berkata, Pejabat Perdana Menteri juga telah menjelaskan secara terperinci mengenai SOP berkaitan lawatan itu, antaranya melibatkan jumlah rombongan yang minimum, menggunakan pesawat kerajaan, ahli rombongan tidak dibenarkan ke tempat-tempat lain,melakukan swab test, kuarantin dan sebagainya yang berkait dengan pencegahan penularan wabak COVID-19.  

Malangnya, kata beliau, terdapat golongan tidak bertanggungjawab memberikan komentar yang mencemarkan imej negara dengan menggunakan perkataan-perkataan yang jelek dan sangat memalukan secara langsung menunjukkan tiada penghayatan kepada Rukunegara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. 

Prof Dr. Mohd Roslan turut berpendapat netizen juga seakan-akan tidak menghormati Istana Negara apabila dengan beraninya ‘menyerang’ pentadbiran kerajaan melalui Facebook rasmi Istana Negara. 

“Ini memberi indikasi bahawa mereka tidak menghormati kebijaksanaan YDPA dalam melantik Perdana Menteri,” katanya sambal menegaskan, perkara sebegini jika dibiarkan boleh merosakkan sistem kemasyarakatan negara dengan kebebasan tanpa batasan dan seperti tidak mempunyai sistem kawalan. 

Dalam kenyataan sama, PINTAR turut menggesa kerajaan mengambil tindakan yang perlu bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai akibat yang mereka terpaksa hadapi sekiranya tidak mengawal emosi terutama ketika memberi komen dalam laman sosial.  

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

89  +    =  99