Jangan hina kepintaran rakyat Malaysia – Muhyiddin

 Jangan hina kepintaran rakyat Malaysia – Muhyiddin

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Tan Sri Muhyiddin Yassin terkejut apabila ada pihak tertentu cuba mempertahankan skandal 1MDB dengan mengaitkan dengan Digital Nasional Berhad (DNB).

Menurut Presiden Bersatu itu, 1MDB adalah salah satu skim penipuan terbesar dalam sejarah dunia dengan berbilion ringgit dipindahkan ke akaun yang meragukan di luar pesisir dan hilang.

“Tolong, jangan hina kepintaran rakyat Malaysia.

Itu nasihat yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada mereka yang menyamakan projek mega rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Malangnya, sejumlah RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun ‘Rasmi 1 Malaysia’. DNB pula mempunyai struktur tadbir urus yang jelas dan diuruskan oleh profesional.

Muhyiddin berkata dalam merangsang pertumbuhan ekonomi masa depan, terutamanya dalam bidang ekonomi digital, kerajaan perlu mempercepatkan pelan pendigitalan negara, termasuk pelaksanaan rangkaian 5G yang komprehensif di negara ini.

“Pelancaran 5G kita agak lewat kerana syarikat telekomunikasi mempunyai keutamaan yang berbeza kerana mereka berminat untuk menyediakan perkhidmatan 5G di kawasan padat penduduk.

“Oleh itu, tidak sepatutnya ada pihak yang sengaja mahu menangguhkan pelancaran 5G dengan mempolitikkan isu DNB.”

Muhyiddin berkata beliau berharap kerajaan akan terus melancarkan 5G dalam satu model rangkaian borong seperti yang dirancang.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  3  =