Jangan disisihkan kami pemandu teksi

 Jangan disisihkan kami pemandu teksi

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Sekumpulan pemandu teksi di sekitar ibu kota telah berjumpa dengan Senator Wan Ahmad Fayhsal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan untuk meluahkan isi hati dan pandangan yang mengganggu perjalanan mereka mencari rezeki.

Kumpulan pemandu teksi ini, diwakili oleh Muhamad Asri berkata pihak mereka pernah merasa bantuan seperti tayar, petrol dan elaun RM100 sebulan sebelum ini, namun bantuan ini tidak diteruskan buat masa ini.

Muhamad Asri, wakil kumpulan pemandu teksi

Asri berkata, “masalah yang paling besar adalah persaingan yang dilihat kurang sihat dan tidak seimbang dengan perkhidmatan e-hailing yang lain.

Kata Asri lagi, “bukan nak menentang, tapi jika boleh sama ratakan, selaraskan dari segi peraturan, undang-undang dan  harga jika boleh. Teksi ada kawalan, pihak lagi satu tiada kawalan seperti teksi, katanya.

“Dahulu ada subsidi NGV dulu ada, sekarang tidak ada jadi ianya membuat banyak pengusaha tak boleh sambung jualan NGV, jika dulu ada 10 stesen, sekarang ada 3 saja, sebahagian agak jauh.

Asri juga berharap pemandu teksi mendapat pembelaan yg sepatutnya untuk mereka cari rezeki, agar tidak disisih dan berharap ada cara dan idea yang lebih baik untuk pemandu teksi pada waktu ini.

Sementara itu, suara mereka diambil peduli dan mendapat keprihatinan Wan Ahmad Fayhsal dan Armada Wilayah Persekutuan.

Safwan Manoga, Ketua Armada Wilayah Persekutuan

Menurut ketuanya, Safwan Manoga mereka mendengar pandangan dan luahan pemandu teksi berkenaan dan akan membawa suara ini kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin.

Safwan berkata, “kami amat prihatin dengan nasib yang menimpa mereka dan kami juga yakin dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional yang peka dan prihatin akan masalah yang menimpa rakyat.”

Menurut Safwan lagi, mereka (pemandu teksi) ini perlu dibantu sebab mereka adalah warga kota yang terjejas akibat pandemik yang melanda.

Dalam program berkenaan juga, pihak Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan telah menyumbangkan 30 bakul makanan kepada kumpulan pemandu teksi berkenaan. Turut hadir dalam program berkenaan adalah Datin Ema, Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional 5.

 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

1 Comment

  • Trimaksih semua yg prihatin

Leave a Reply

Your email address will not be published.

92  −    =  85