Jangan berkelah di TER ketika hujan

 Jangan berkelah di TER ketika hujan

Kejadian kepala air boleh berlaku di kawasan Taman Eko Rimba (TER).

KUANTAN, 15 November 2021 – Fenomena kepala air di Taman Eko Rimba (TER) di negeri ini boleh berlaku tanpa diduga terutama ketika hujan berlaku.


Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Regina Mariah Jong, berkata untuk memastikan kejadian tidak diingini berlaku pihaknya menasihatkan pengunjung TER supaya berhati-hati sepanjang berada dipusat perkelahan itu.


Menurutnya, di negeri ini terdapat 26 TER dan Hutan Taman Negeri (HTN) dibawah selian JPNP, selain keindahan hutan semulajadi keunikan yang ada ditempat berkenaan ialah air terjun dan jeram.


Katanya, kejadian kepala air boleh berlaku dikawasan air terjun dan rekod sebelum ini pernah berlaku fenomena berkenaan dibeberapa daerah.

Hujan lebat boleh menyebabkan kejadian kepala air berlaku di kawasan Taman Eko Rimba (TER)


“Saya menasihatkan mereka yang bercadang untuk berkelah di TER supaya lebih berhati-hati, sekiranya keadaan cuaca buruk batalkan sahaja rancangan berkenaan.


“Kejadian kepala air bila-bila masa sahaja boleh berlaku terutama ketika hujan lebat berlaku, arus air yang deras boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa,” katanya, hari ini.


Beliau berkata, kejadian kepala air di Titi Hayun, Kedah yang berlaku baru- baru ini diharap menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan air terjun di negeri ini.


Regina Mariah berkata, mereka yang ingin melakukan apa juga aktiviti beriadah dalam hutan simpan kekal juga dinasihatkan supaya terlebih dahulu perlu mendapatkan permit daripada Pejabat Hutan Daerah.


“Tindakan undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh boleh dikenakan pada mereka yang berada dalam hutan simpan kekal tanpa permit.


“Anggota penguat kuasa JPNP sentiasa melakukan rondaan bagi mengesan individu yang memasuki hutan simpan kekal tanpa permit,” katanya.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *