James Bond mungkin tiba 2022

 James Bond mungkin tiba 2022

Laman web screenrant.com melaporkan, filem James Bond ke-27 No Time To Die dijangka akan ditayangkan hanya pada tahun depan.

Filem lakonan Daniel Craig ini sepatutnya ditayangkan pada bulan November 2019, tetapi akibat pandemic Covid-19 yang memaksa panggung wayang di serata dunia, tarikh release it telahpun ditunda beberapa kali sebelum ini, mengakibatkan kerugian sebanyak hamper US$1 juta setiap bulan kepada studio MGM.

Melihatkan prestasi box office filem Tenet yang ditayangkan di pawagam sebelum ini dan juga peningkatan kes Covid-19 yang berterusan, MGM terpaksa mengambil keputusan yang sukar itu.

Menurut pakar filem dan pemilik podcast James Bond David Leigh, studio tersebut tidak mempunyai pilihan lain, memandangkan situasi dunia yang tidak begitu memberangsangkan.

“Walaupun vaksin telah dicipta dan sudah mula dipasarkan, ia tidak 100 peratus efektif, dan kini kita berdepan pula dengan mutasi-mutasi coronavirus yang berlainan. Masyarakat masih belum dapat satu kepastian untuk kembali keluar ke pawagam.”

MGM juga sebelum ini telah mencuba untuk menjual hak tayangan filem ini kepada platform-platform streaming, namun dengan kos US$600 juta, harga yang ditawarkan dilihat terlalu tinggi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

62  +    =  72