Jam pintar 100+ mod, tahan 2 minggu sekali cas!

 Jam pintar 100+ mod, tahan 2 minggu sekali cas!

Jam pintar Huawei Watch GT 2 Pro dapat digunakan selama sehingga 2 minggu dengan sekali cas. Ia mempunyai lebih 100 mod senaman – ia mengesan dan menjejaki kelajuan, jumlah pembakaran kalori, jangkamasa senaman, denyutan jantung dan lain-lain.

Malah, Huawei Watch GT 2 Pro mempunyai lebih dari sepuluh program larian dengan bimbingan suara bagi memberikan anda maklumbalas ‘live’ dan juga cadangan untuk mendapatkan senaman yang lebih efektif. Dengan fungsi pengesan aktiviti auto, anda juga tidak perlu menekan butang ‘start’ apabila ingin memulakan senaman.

Peminat sukan golf juga pasti menyukai jam pintar ini. Ia mempunyai fungsi mod Golf Driving Range, yang menganalisa postur hayunan, untuk membantu anda mendapatkan strok yang laju dan tepat. Selain itu, jam ini juga mempunyai barometer dalaman yang akan memberi amaran jika terdapat perubahan cuaca.

Harga pasaran di Malaysia adalah RM1,199. Sila layari https://shop.huawei.com/my/ untuk maklumat teknikal dan stok.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

56  +    =  64