JAKOA Pahang agih 192 bakul makanan ke tiga kampung PKPD

 JAKOA Pahang agih 192 bakul makanan ke tiga kampung PKPD

Sebanyak 192 bakul makanan diagihkan kepada penduduk orang asli di tiga kampung yang kini dikenakan PKPD di Cameron Highlands.

KUANTAN, 1 Okt — Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang mengagihkan bakul makanan kepada 192 ketua isi rumah orang asli di tiga kampung di Cameron Highlands yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tiga kampung terbabit ialah Sungai Chohong sebanyak 50 bakul makanan diikuti Sungai Kabuk (51) dan Sungai Tiang (91). Bantuan berkenaan diberikan bagi meringankan beban masyarakat setempat yang tidak dapat keluar dari kampung masing-masing.

Pengarah JAKOA Pahang, Johari Alwi berkata, pihaknya mula mengagihkan bakul makanan kepada setiap ketua isi rumah kelmarin dan urusan pemberian dilakukan kakitangan JAKOA daerah Cameron Highlands.

Menurutnya, jabatan sentiasa prihatin dengan nasib masyarakat orang asli di negeri ini apabila sebelum ini bantuan bakul makanan telah diberikan oleh kerajaan pusat dan negeri bagi menghadapi
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, bantuan sama diberikan sekali lagi apabila kampung atau penempatan orang asli berada dalam lokaliti PKPD disebabkan berlakunya wabak COVID-19.

“Hampir setiap bulan Jakoa terpaksa memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Pembanguna Luar Bandar (KPLB) sebagai tambahan untuk menyediakan bakul makanan kepada masyarakat orang asli yang berada dalam lokaliti PKPD.

“Apabila kampung Orang Asli berada dalam lokaliti PKPD bermakna penduduk di situ tidak dibenarkan keluar kecuali kes tertentu sahaja,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, Johari berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam usaha memberi vaksinasi kepada masyarakat orang asli berusia 16 tahun ke atas menggunakan vaksin dos tunggal Cansino.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7  +  3  =