• Friday, 18 June 2021, 2:25 am

JAKOA agih 25,300 bakul makanan kepada KIR Orang Asli di Pahang

 JAKOA agih 25,300 bakul makanan kepada KIR Orang Asli di Pahang

KUANTAN, 11 Jun – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang sedang mengagihkan sebanyak 25,300 bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) masyarakat Orang Asli di 328 penempatan di negeri ini yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 serta Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

Pengarahnya Johari Alwi berkata, agihan bermula minggu lalu dilakukan secara berperingkat membabitkan semua kampung tradisional dan rancangan penempatan semula (RPS) seluruh negeri ini.

Menurutnya, hingga kini pejabat JAKOA daerah telah mengagihkan lebih 700 bakul makanan kepada KIA masyarakat Orang Asli dibeberapa penempatan di Lipis, Bera, Cameron Highlands, Maran dan Muadzam Shah.

Katanya, penghantaran bantuan terpaksa dilakukan secara berperingkat kerana faktor kedudukan penempatan Orang Asli jauh di kawasan pendalaman yang memerlukan masa yang panjang untuk sampai selain turut menggunskan pengangkutan air.

“Saya memberi jaminan agihan bakul makanan akan dilakukan secepat mungkin dalam usaha meringankan beban masyarakat Orang Asli yang turut terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 dan SSP.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor mengagihkan bantuan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Tiat, Cameron Highlands.

“Ramai Orang Asli kini tidak dapat bekerja dan memasarkan hasil hutan menyebabkan pendapatan mereka terputus, untuk keluar membeli barangan keperluan juga terbatas,” katanya, dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, sembilan jenis barangan yang dibekalkan seperti beras, minyak masak, tepung, gula, kicap, sardin, garam dan kicap.Bantuan berkenaan dapat meringankan beban mereka yang mungkin terputus makanan.

Johari menambah, daerah Pekan menerima bantuan paling banyak iaitu sebanyak 4,949 bakul diikuti Lipis (3,871), Rompin (2,663), Muadzam Shah (2,333), Cameron Highlands (2,201) dan Bera (2,177).

Katanya, daerah Lipis mempunyai 67 penempatan terbanyak Orang Asli diikuti 41 di Muadzam Shah, 36 di Bera, 33 di Pekan, 27 di Cameron Highlands dan 25 di Rompin. Semua 12 daerah di negeri mempunyai penempatan masyarakat berkenaan.

“Saya difahamkan ramai masyarakat Orang Asli di negeri ini terkesan dengan PKP tahun ini hingga memaksa mereka melakukan pelbagai aktiviti untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga masing-masing.

“JAKOA sentiasa berusaha membantu golongan terbabit dalam memastikan mereka tidak terus menerus tertekan dengan apa yang berlaku seluruh negara kini,” katanya yang berusaha menjayakan program suntikan vaksin COVID-19 dikalangan masyarakat Orang Asli.

Mohd Fikri Mie

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *