Jabatan Perikanan perkenalkan Dana Jaminan Makanan

 Jabatan Perikanan perkenalkan Dana Jaminan Makanan

Kilang pemprosesan makanan organik

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui agensinya Jabatan Perikanan memperkenalkan  Dana Jaminan Makanan (DJM).

Ia merupakan satu inisiatif kerajaan yang dirancang untuk dilaksanakan di bawah bajet pembangunan 2021 bagi melaksanakan projek-projek menjurus ke arah pertanian organik selaras dengan pembentangan bajet oleh Perdana Menteri pada tahun 2020.

Dalan satu kenyataan, Jabatan Perikanan berkata pertanian organik adalah satu sistem pengeluaran yang mengekalkan kesihatan tanah, ekosistem dan manusia.

“Pertanian organik menggabungkan elemen tradisi, inovasi dan sains bagi memanfaatkan persekitaran secara bersama dan mempromosikan hubungan yang adil serta kualiti hidup yang baik untuk semua,” katanya.

Objektif utama pelaksanaan projek adalah bagi memperkasakan aktiviti ekonomi komuniti perikanan yang terdiri daripada nelayan, penternak dan pengusaha perikanan dengan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.

“Sekaligus merangsang ekonomi melalui pelaksanaan projek perikanan setempat dan aktiviti perikanan yang lebih produktif serta membuka peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat,” ujarnya.

DJM bakal dilaksanakan secara berkumpulan atau komuniti khususnya myKomuniti Perikanan (myKP) dengan kadar bantuan maksima RM50,000.00 setiap satu projek.

Aktiviti pengeluaran makanan adalah berasaskan perikanan seperti perikanan tangkapan, perikanan darat, akuakultur, pemprosesan makanan berasaskan ikan, santuari dan pusat pengumpulan produk.

Penerima bantuan, Aliza Aksah yang merupakan pengusaha Kilang Pemprosesan Hasilan Ikan Aliza telah mendapat bantuan DJM seperti Mesin Deboner dan Mesin Fishball Moulder yang dianggarkan bernilai RM24,864.00.

Bantuan peralatan ini dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran produk hasilan ikan beliau serta menjimatkan masa operasi.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *