• Sunday, 20 June 2021, 11:54 am

Italy lawan Turki, pembuka tirai Euro 2020

 Italy lawan Turki, pembuka tirai Euro 2020

ROME, 11 Jun — Selepas setahun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19, kejohanan bola sepak sepak eropah, Euro 2020 akhirnya akan membuka tirai dengan perlawanan kumpulan A antara Italy menentang Turki pada awal pagi Sabtu di Stadium Olimpico, di sini.

Itali yang tidak layak beraksi di Piala Dunia 2018, pasti ingin membuktikan bahawa mereka sudah kembali menjadi antara pasukan elit di Eropah dengan dibarisi beberapa pemain muda baru selain dipimpin oleh pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini.

“Keinginan untuk membina semula pasukan serta menghidupkan semula kejohanan sebagai antara pasukan elit.

“Kekalahan di Milan ketika bertemu Sweden masih diingati. Kami tidak boleh melupakannya tetapi kami berjaya mengubah kekecewaan itu kepada keinginan dan semangat untuk melakukan yang terbaik,” kata Chiellini menjelang pertemuan dengan Turki yang akan berlangsung jam 3 pagi esok.

Chiellini adalah pemain paling berpengalaman dalam skuad Azzurri dengan 107 penampilan sepanjang 17 tahun mewakili negaranya. Beliau adalah antara pemain yang beraksi ketika Itali tewas kepada Sepanyol pada final Euro 2012 dan tidak pernah memenangi sebarang trofi dengan negara itu.

Sementara itu, di satu lagi aksi kumpulan A, Wales akan bertemu Switzerland yang akan berlangsung esok pada jam 9 malam.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *