Itali ‘bebas’ pelitup muka bermula 28 Jun

 Itali ‘bebas’ pelitup muka bermula 28 Jun

ROME, 22 Jun – Walaupun tersenarai antara negara di Eropah yang teruk dilanda pandemik COVID-19 tahun lalu, Itali tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka yang berkuatkuasa 28 Jun ini, menurut kata Kementerian Kesihatannya semalam.

Menteri Kesihatan, Roberto Speranza berkata menerusi kenyataan di Facebook, kawasan yang dikategorikan selamat atau ‘putih’, tidak lagi wajib untuk memakai pelitup muka.

“Ia merangkumi semua wilayah Itali kecuali Lembah Aosta di barat laut. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk memakai pelitup muka jika menghadiri perhimpunan sosial yang besar dan berisiko,” katanya di Facebook.

Menjelang hujung Jun ini, pakar kesihatan negara itu meramalkan seluruh Itali akan termasuk dalam senarai ‘zon putih’, dengan hanya merekodkan 495 kes baru dan 21 kematian di seluruh negara semalam.

Setakat ini, 30 peratus atau 16 juta dari penduduk Itali yang berusia lebih 12 tahun telah menerima vaksin COVID-19.

Negara itu merekodkan 4.25 juta kes COVID-19 serta 127,291 kes kematian sejak negara itu dilanda wabak berkenaan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  31  =  41