Isu Zahid bongkar kelemahan audit syarikat

 Isu Zahid bongkar kelemahan audit syarikat

Kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membongkarkan kelemahan pentadbiran dari segi syarikat-syarikat seliaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pertubuhan atau yayasan.

Mengikut data SSM, sebanyak 7,901,167 didaftarkan sebelum 31 Disember 2020, dan setiap syarikat ini perlu melalui proses sama iaitu daripada awal pendaftaran kos carian nama dan pendaftaran, yuran tahunan dan sebagainya.

Apabila syarikat sudah beroperasi sekian-sekian tahun sudah tentu perlu membayar cukai pendapatan.

Peningkatan pandemik kes Covid-19 baru-baru ini menyaksikan sistem pendaftaran berkenaan dan nombor rujukan cukai jadi asas untuk mendapatkan bantuan khas kerajaan secara terus ke dalam akaun masing-masing.

Berbalik kepada isu Zahid, Yayasan AkalBudi didaftarkan menggunakan alamat yayasan yang tak wujud, seharusnya sudah tiba pihak KPDNHEP, LHDN lebih proaktif merangkap pemantauan yang lebih bersifat ‘on the field’, jadi bukan semua perniagaan digunakan untuk berniaga secara sah.

Seandainya wujud penipuan, logistik seperti alamat pemilikan kilang atau apa-apa keraguan maka bolehlah pihak ini menghantar saman untuk pemilik perniagaan beri penjelasan.

Sekarang ini kita saksikan syarikat gores dan menang masih beroperasi dengan hanya menukar nama walaupun sudah beratus laporan polis dibuat.

Kita juga menyaksikan syarikat-syarikat kontraktor pembinaan terutama pemaju hartanah menghilangkan diri dengan hanya mengisytiharkan mereka bangkrap.

Iaitu selepas mendapat wang pendahuluan atau wang projek, namun pembinaan rumah terbengkalai dan rakyat jadi mangsa.

Merujuk kes Boy Iman semua permasalahan rakyat sebenarnya dalam kes-kes penipuan melibatkan nama perniagaan yang sah, dan rakyat percaya kerana semua ada lesen.

Begitu juga warga asing yang menggunakan lesen perniagaan dan SSM warga tempatan, begitu mudah menjarah ekonomi negara dengan hanya bersubahat dengan pengkhianat tempatan.

Maka dicadangkan satu undang-undang khas diwujudkan bagi membolehkan satu pasukan audit hadir membuat lawatan tahunan kepada semua premis-premis didaftarkan.

Pasukan audit ini perlu bebas dari SSM, jabatan kerajaan atau GLC, perlu disaring dengan ujian bohong poligraf bagi membuktikan benar-benar amanah, kerana umum ketahui pasukan audit paling mudah ‘dibeli’.

Hanya hanya dengan kewujudan pasukan audit ini akan dapat membersihkan daftar-daftar perniagaan dari jenayah tipu maksiat dan segala benda yang merosakkan masyarakat.

Ahli-ahli Parlimen sepatutnya lebih bijak melihat permasalahan rakyat ini kerana ia berlaku tanpa mengira kawasan pembangkang atau penyokong kerajaan.

Kita tidak mahu lagi melihat syarikat-syarikat multi level berleluasa menggunakan platform media sosial mempamerkan kekayaan mengumpan masyarakat untuk meleburkan wang.

Disebabkan ketiadaan pasukan audit melakukan auditing forensik syarikat ini berjaya mengelakkan pendakwaan.

Penulis mencadangkan Ahli-ahli Parlimen seharusnya berbahas mengatasi akal-akal penipu yang berselindung di sebalik nama-nama perniagaan yang sah untuk menipu rakyat.

Tetapi jika ahli-ahli parlimen pun tak cukup akal untuk membahaskannya lebih baik bubar je parlimen dan serahkan kepada NGO yang benar-benar telah menunjukkan keikhlasan mereka memperjuangkan nasib rakyat seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Kita melihat PPIM mengendalikan beberapa ribu kes melibatkan penipuan membabitkan syarikat-syarikar perniagaan dari syarikat Ah Long sehingga gores dan menang dan pelbagai lagi.

Kerajaan yang telah mengutip yuran perniaagan yuran tahunan lesen perniagaan tidak boleh lagi hanya sekadar kami tunggu laporan

Mereka haruslah memiliki pasukan audit forensik yang boleh saman serta merta membatalkan nama pendaftaran dan ambil tindakan di mahkamah.

Sebagai contoh syarikat ‘bill collector’ yang menyamar sebagai firma guaman dan salah guna data telefon buat panggilan ugut pelanggan institusi kewangan.

Perbuatan mereka “kabur” di sisi undang undang tapi mereka lakukan kerana kejar komisen.

Penglibatan mereka menyebabkan rakyat tertekan, kemurungan dan punca bunuh diri.

Sebagai contoh peningkatan syarikat “bill collector” monopoli kes ugutan melalui telefon dan mendapat habuan apabila pelanggan buat bayaran dan pelanggan pula akan terima panggilan panggilan scammer lain kerana data nama, alamat , syarikat pemiutang, detail kenderaan di beri pada syarikat itu. Mereka tak padam data.

Audit forensik perlu melihat aktiviti langgar etika perniagaan oleh syarikat seperti ini.

Sekarang ini pun, walau ada laporan polis terhadap syarikat, ada yang masih belum dibawa ke mahkamah dan beroperasi.

Sekat pendaftaran dahulu dan barulah kes jenayah boleh difailkan

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

59  −    =  54