Isu wanita hamil di lantai tren DMU ditular tanpa tahu kisah sebenar – KTMB

 Isu wanita hamil di lantai tren DMU ditular tanpa tahu kisah sebenar – KTMB

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Tular mengenai isu seorang wanita hamil yang didakwa duduk di lantai tren Diesel Multiple Unit (DMU) pada 15 Oktober lalu dilaporkan telahpun diselesaikan dengan cara baik ketika hari kejadian berkenaan.

Pihak KTMB dilaporkan telah membuat siasatan dan mendapati kejadian berlaku kerana terdapat pertukaran kategori set tren di saat akhir namun wanita berkenaan tetap mahu kekal bersama ahli keluarganya dalam koc yang sama.

Difahamkan menerusi kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), terdapat petugas di gerabak berkenaan telah berusaha mendapatkan tempat duduk bagi penumpang itu wanita hamil berkenaan telah menolaknya.

“Walaupun ada pertukaran set, penumpang yang membeli tiket tempat duduk akan dipastikan mendapat tempat duduk dan petugas sudah berusaha memberikan tempat duduk,” katanya.

Menurut KTMB, kejadian tersebut kerana lonjakan penumpang yang merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman dan melibatkan laluan dari Dabong ke Pasir Mas di Kelantan.

“Penumpang itu telah beli tiket dua hala pada 13 Oktober di kaunter stesen dan dia tidak mahu ke koc lain kerana mahu dekat keluarga apabila berlaku perubahan set tren,” jelas KTMB.

“KTMB memohon maaf dan kesal atas kejadian yang berlaku dan tindakan penambahbaikan akan dilakukan berterusan untuk menjamin keselesaan penumpang pada masa hadapan,” menurut KTMB.

DMU telah dilancarkan pada 11 April yang lalu turut menawarkan dua jenis tiket, tiket ada tempat duduk dan tiket tanpa tempat duduk (berdiri) namun sekiranya tiket tempat duduk sudah habis dijual, penumpang boleh membeli tiket tanpa tempat duduk tersebut.

Ia mampu memuatkan kapasiti maksimum 360 penumpang termasuk 218 dengan tempat duduk yang melibatkan laluan antara Tumpat di Kelantan sehingga Kuala Lipis di Pahang.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  7  =