Isu kaum & agama ditolak oleh generasi baru

 Isu kaum & agama ditolak oleh generasi baru

Kuala Lumpur 28 Dis : Akibat tidak menghadirkan diri di suatu Majlis Minum Petang Perayaan Krismas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dikatakan tidak menerapkan semangat Keluarga Malaysia yang diilhamkannya sendiri.

Kritikan itu dibuat oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang disambut oleh reaksi yang berbeza dari pemimpin-pemimpin masyarakat.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata negara sedang sibuk membantu mangsa dan menangani masalah banjir, DAP pula bangkit isu perkauman.


(Datuk Wan Saiful Wan Jan)

“Perpaduan yang kita dapat lihat dalam misi bantuan banjir, DAP tak nak komen pula ?”, kritik beliau di facebooknya.

Datuk Wan Saiful menyarankan DAP supaya berdiam diri sahaja daripada terus memecahbelahkan keharmonian negara.

Menurut Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Malaysia, YBrs Puan Mastura Mohamad Darby berkata, Perdana Menteri membuat keputusan yang betul untuk menjaga sensitiviti rakyat ketika mangsa banjir masih berduka cita dengan kehilangan harta benda dan nyawa.

Tambah beliau, Lim Kit Siang tidak perlu mempersoalkan tentang isu menyambut Krismas ketika ini, sedangkan saban tahun, Perdana Menteri Malaysia tidak pernah gagal hadir dalam setiap sambutan perayaan, yang disambut oleh mana-mana bangsa dan agama.

(YBrs Mastura Mohamad Darby)

“Kit Siang tidak releven lagi dalam zaman ini kerana masih bersikap rasis dan chauvanis. Berhentilah dari mempolitikkan semua perkara termasuk isu agama…Hentikan lah, dan Kit Siang pergilah turun ke Sri Muda untuk menggembirakan hati mangsa-mangsa banjir.”, tegas beliau lagi.

Ketua Sukarelawan NGO dari Pulau Pinang dan bekas Presiden GPMS, Muzzaimy Moosa yang ditemui Berita Tular di Hulu Langat semasa membantu mangsa banjir berkata Lim Kit Siang adalah seorang yg cetek minda.

“Disaat fokus utama Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah dan isu bencana banjir yang meruncing, takkan pula dia nak pegi majlis perayaan ? … dan katakankah pula PM hadir majlis makan itu, DAP akan berkata pula yang PM tak sensitif dengan mangsa banjir. Sebab itu saya kata Kit Siang cetek minda”, ujar beliau.

(Muzzaimy Moosa)

Timbalan Ketua Bersatu Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli pula berkata, pemimpin yang masih bermain isu perkauman dan agama di era moden ini, mereka harus bertanggungjawab jika negara ini terus tidak stabil untuk anak cucu di masa akan datang.

”Tak datang raya Krismas pun jadi isu. Lebih elok veteran politik seperti beliau berusaha menghapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Persatuan perkauman Dong Zhong di bumi Malaysia ini. Satukan kembali anak-anak kita di sekolah, supaya masa mereka besar, penyatuan itu wujud. Tiada syak curiga antara kaum. Sama macam zaman dulu sebelum sekolah jenis kebangsaan diperkenalkan”, kata beliau yang bimbang akan pengasingan kaum kini dapat dilihat dari peringkat tadika lagi.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

48  +    =  57