Isu Azam : Beri ruang Orang Kena Viral bela diri

 Isu Azam : Beri ruang Orang Kena Viral bela diri

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

Oleh SANG RATU

Pepatah lama mengatakan enggang lalu ranting pun patah, bermaksud apabila seseorang itu dilihat berada di tempat yang salah, segala kesalahan seolah-olah dilakukan oleh orang itu.

Itulah situasi yang dilalui oleh Ketua Pengarah Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika ini yang sedang melalui fasa ‘Trial By Media’ dan netize

Reputasi SPRM kini tercalar dek kuasa viral

Serangan kepada Azam tidak harus dilihat sebagai peribadi, tetapi ia adalah satu propaganda terancang anasir subversif untuk melemahkan dan membunuh kepercayaan kepada institusi penguat kuasa itu.

Sama seperti pengalaman yang dilalui penulis sendiri dan juga aktivis masyarakat Ustad Ebit Liew dan juga aktivis, Uncle Kentang.

Kami semua pernah melalui serangan bertubi-tubi dalam fasa Trial By Media tanpa ada peluang menjelaskan atau membela diri.

Sedangkan proses siasatan dan mahkamah belum pun berlangsung.

Pengalaman karier penulis membongkar salah laku parti politik dengan kumpulan ekstremis agama mengundang musuh-musuh yang menabur fitnah dan menggunakan undang-undang untuk menutup rahsia besar mereka.

Proses siasatan dan pendakwaan harus dibiarkan bebas daripada tekanan-tekanan viral media supaya pihak dituduh dapat melalui proses perundangan yang adil.

Dalang yang menularkan propaganda-propaganda ini sudah tentu pihak berkepentingan yang meraih keuntungan daripada pemecatan atau pembunuhan karektor seseorang.

Taktik serangan peribadi ini dilihat berjaya membunuh ‘masa depan’ seseorang seperti yang telah berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Najib Razak dan lain-lain.

Najib Razak

Jangan ulangi kesilapan terhadap Najib, Najib telah mengetahui, menyedari satu konspirasi untuk menjatuhkannya telah berlaku tetapi kerana keberanian Najib bertindak sendiri akhirnya memakan dirinya sendiri.

Pelajarannya kita tidak boleh bersendirian melawan sistem kerana sistem telah diresapi oleh pengkhianat dan penderhaka.

Lihat sahajalah contoh Rafizi Ramli mengaku secara terbuka menghasut untuk menjatuhkan pemimpin UMNO, pemimpin DAP iaitu Tommy Thomas dan lain-lain mengakui ada campur tangan dalam pembebasan LTTE, LGE dan pembunuhan Adib. Begitu juga hasutan terhadap isu Nur saja, Jho Low, Eric Tan dan ramai lagi sehingga mereka lari keluar dari negara ini.

Begitulah nasib yang menimpa Azam, disebabkan isu itu rakyat lupa keberaniannya membawa mantan Menteri Kewangan zaman Pakatan Harapan, Lim Guang Eng dan Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) — ala CIA Malaysia juga ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Inilah pertama kali seorang ketua perisikan atau intel negara didakwa.

Musuh-musuh Azam Baki terlalu ramai, berprofil tinggi iaitu dari mantan PM, mantan TPM, mantan ketua intel negara, mantan Menteri Kewangan dan mantan Ketua Menteri yang pastinya sentiasa mencari kelemahan Azam.

Cuba imbas kembali Pilihan Raya ke-13 segala publisiti dan viral ketika itu semuanya bersifat menghentam kredibiti Suruhanjaya Pilihan Raya, contohnya isu pengundi hantu, pengundi di alihkan alamat, warga asing dapat MyKad, warga Bangladesh sebagai pengundi, nama hilang dari daftar pengundi dan lain-lain.

Propaganda ini berterusan hinggalah sebelum tarikh PRU ke-14 iaitu pada 25 Mei 2018 yang secara ajaibnya pihak pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan BN yang berusia 60 tahun.

Segala pujian pula diberi kepada sistem SPR yang telus diberi kepada rakyat. Ini jelas segala tuduhan tentang kepincangan SPR ketika itu sudah pasti pembangkang tidak akan menang PRU dan bentuk kerajaan.

Segala momokan propaganda telah melukakan hati para petugas institusi terbabit yang juga rakyat negara ini.

Bagaimanapun, dalang sebenar yang sedang melaga-lagakan, mempermainkan, sentimen kemarahan rakyat untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka ‘cuci tangan’.

Berbalik kepada pentingkah mahkamah menentu sahihkan kesalahan seseorang?

Ya amat penting kerana merujuk kepada kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang didakwa memiliki senjata dan merancang untuk misi pengeboman kedutaan, mereka telah dibebaskan oleh mahkamah.

Jabatan Peguam Negara era pemerintahan Pakatan Harapan dan DAP itu membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong LTTE.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman yang menyiasat kes LTTE ketika itu, Dato Ayob Khan Mydin Pitchay dipindahkan ke Johor dengan jawatan Ketua Polis Johor.

Dato Ayob Khan Mydin Pitchay

Moralnya, budaya mudah menghukum perlu dihentikan oleh rakyat negara ini dalam memastikan kesejahteraan sosial dan kestabilan negara dapat dicapai.

Beri peluang untuk ‘Orang Kena Viral’ bela diri sebelum mereka sahih ke peringkat ‘Orang Yang Disyaki’ atau kemudiannya ke peringkat ‘Orang Kena Tuduh’.

Ini kerana jika Trial by Media ini dijadikan asas untuk menentukan benar atau tidak seseorang itu maka tidak hairanlah jika sejarah Langkawi berulang kembali di mana sumpahan Mahsuri tujuh keturunan padang jarak padang terkukur kerana dihukum sebelum dibuktikan bersalah.

Perlu diingatkan dalam dunia tanpa sempadan, hari ini anda viralkan mengenai orang lain, tidak mustahil hari lain diri anda, anak anda atau saudara anda pula yang diviralkan, jadi jagalah jari daripada menjadi penyumbang kepada fitnah.

Jika benar ada perlanggaran undang-undang dilakukan oleh Azam seperti tidak mengisytiharkan harta atau sumber wangnya dan sebagainya, serahkan itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat, menilai dan menghukum.

Begitu juga desakan netizen untuk beliau lepaskan jawatan atau rehat sementara, pastikan calon yang bakal menggantikan faham bahawa jika dipilih kerana favourtism atau cronisme bukan mudah untuk kekal berkuasa, tetapi jika dipilih kerana kredibiliti dan kelayakkan, walau apa cabaran melanda Tuhan tetap bersama anda.

Wacana.my akan membongkar ‘Di sebaliknya’ bagaimanakah Datuk Seri Najib Razak berjaya dianiaya dan bagaimanakah penguat kuasa biasa dan orang awam pun boleh menangkap individu sebenar yang mencuri, menyamun, merompak mengambil berbilion ringgit wang rakyat menerusi 1MDB tetapi kesalahan individu itu diletakkan ke atas Najib

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Wacana.my.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *