Istiadat angkat sumpah menteri, timbalan menteri selesai

 Istiadat angkat sumpah menteri, timbalan menteri selesai

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara, selesai sepenuhnya, sebentar tadi.

Istiadat terbabit berlangsung hampir dua jam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sejurus kumpulan terakhir timbalan menteri selesai mengangkat sumpah, istiadat diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Istiadat kemudian ditutup oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendi Zairakhithnaini, selepas mendapat perkenan Seri Paduka.

Turut hadir dalam istiadat tersebut ialah Ketua Hakim Negara, Tan Seri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. WMY/Supian Ahmad
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin. WMY/Supian Ahmad
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu. WMY/Supian Ahmad

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak dapat menghadiri istiadat tersebut kerana menjalani kuarantin kendiri.

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19 dan tidak dapat menghadiri istiadat berkenaan.

Istana Negara kembali menjadi tumpuan media bagi membuat liputan istiadat terbabit yang berlangsung pada jam 2.30 petang.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

29  +    =  38