Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Isteri tunjang kekuatan suami

*Edisi Khas Ulangtahun TUDM 1 Jun
KUALA LUMPUR, 1 Jun — Berkorban kerjaya sendiri demi menjadi tonggak kekuatan suami meneruskan perjuangan adalah pengorbanan terbesar seorang isteri.

Apatah lagi apabila si Isteri memiliki pekerjaan dengan pendapatan yang selesa dalam bidang kejuruteraan.
Itulah pengorbanan Norhainizah binti Mohd Nasir, 37, yang memilih untuk meninggalkan kerjaya sebagai jurutera bahan di sebuah negeri di Semenanjung Malaysia bagi menyusuli suaminya yang bertugas di Tentera Udara Diraja Malaysia hampir 13 tahun lalu.
Kini setelah hampir 13 tahun berkhidmat bersama TUDM, Mejar. Muhammad Abdullah mampu tersenyum bangga dengan kejayaan keluarga kecilnya.
“Isteri saya terpaksa berkorban berhenti kerja sebagai jurutera untuk mengikuti saya ke Kuching, Sarawak,” katanya.
Namun ia satu pilihan yg tepat kerana beliau dapat mengikut ke mana sahaja suaminya bertugas.
“Anak-anak kami juga Alhamdulillah cepat menyesuaikan diri dengan tempat, sekolah dan rakan baharu dengan cepat. Mungkin sering berpindah mereka memiliki kemahiran sosial yang baik,” katanya.
Mengakui pengorbanan Isterinya antara faktor utama kejayaannya masa kini, Mejar Muhammad sering memuji dan memberi penghargaan kepada isterinya.
“Tak dapat dibayangkan bagaimana saya mahu mengimbangi kerjaya dan keluarga saya tanpa sokongan dan pengorbanan isteri saya, dia memang wanita yang hebat,” katanya.
Sempena sambutan hari Ulangtahun TUDM ke 63, Wacana.my menemubual Mejar Muhammad tentang perjalanan kerjayanya itu.
“Saya mahu generasi muda negara ini kuatkan semangat jika mereka menyertai pasukan TUDM,” katanya.

Beliau menyertai TUDM pada 2008 melalui skim pegawai graduan, Mejar Muhammad merupakan seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Memulakan kerjayanya di Pangkalan Udara Kuching, Sarawak Mejar Muhammad berkata walaupun masih ‘setahun jagung’ di dalam TUDM namun, banyak pengalaman yang telah ditimba sepanjang bertugas.
“1 Jun 2021 genaplah 63tahun TUDM, satu tempoh masa yang sangat matang dan sememangnya TUDM terus unggul bersama arus permodenan teknologi global.
“Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan sememangnya ketika latihan mula masuk tentera di Pusat Latihan Pegawai,” katanya.
Mejar Muhammad menyifatkan ia sebagai latihan yang cukup ‘solid’ kerana inilah momen untuk kami semua dibentuk menjadi tentera yang berdisiplin dan mempunyai sikap ‘Esprit de Corps‘ yang tinggi.
Bercerita pula tentang antara pengalaman paling tidak dapat dilupakan ialah semasa bertugas di Kuching, Sarawak.
“Sebagai pasukan kejuruteraan, kami bertanggungjawab untuk memastikan pesawat berada dalam keadaan baik untuk melaksanakan operasi. Oleh itu, bekerja lewat malam adalah perkara biasa untuk kami kerana pesawat perlu sedia untuk tugasan keesokan hari,” katanya.
Menurut Mejar Muhammad, ada suatu malam, seperti biasa mereka bekerja sehingga lewat malam di hangar untuk melaksanakan tugas penyelenggaraan, tiba-tiba pasukannya terdengar suara tangisan dari dalam stor berhampiran hangar.
“Meremang bulu roma kami, salah seorang daripada kami pergi berhampiran stor tersebut dan melaungkan azan. Lantas suara itu pun hilang,” katanya.
Perkara itu kini masih menjadi bualan jenaka mereka sehingga sekarang, jika orang lain pasti lari lintang pukang, tetapi anggota TUDM pergi menyiasat.
” Walau apa pun cabaran, tugas perlu diselesaikan, jangan lari dari masalah dan cabaran. Ambil sebagai pengajaran, rujuk kepada yang lebih senior dan belajar dari mereka,” katanya.
Kepada anakanak muda yang berminat menyertai TUDM, Mejar Muhammad berpesan agar memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan mempunyai semangat cintakan negara.
Pengorbanan seorang tentera memang tidak boleh disangkal dan semua rakyat harus menghargainya.