Isteri Kid Search meninggal dunia

 Isteri Kid Search meninggal dunia

PETALING JAYA : Pemain gitar kumpulan rock Search, Kid berkongsi khabar duka isteri tercinta,Noraznin Yusof,55, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. 

Urusan mandi dan kafan jenazah dijangka akan selesai sekitar pukul 12 tengah hari.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi. Solat jenazah akan dilakukan selepas solat Zohor ini di masjid yang sama. 

Allahyarham menghidap kanser darah tahap empat dan menjalani rawatan di Hospital Conselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sejak Disember tahun lalu.

Kid atau nama sebenar Hamzah Mohd Taib memberitahu Noraznin sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali sekitar Julai lalu.

Sejak akhir tahun lalu, HCTM bagai menjadi rumah kedua buat mereka sekeluarga dan Kid yang menetap di Bangi, berulang-alik ke hospital setiap hari atau selang sehari.

Berikutan ketika ini pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), HCTM mengenakan syarat ketat ke atas pelawat, Kid bergilir-gilir dengan dua anaknya untuk menjenguk isteri.

Selain berdepan ujian penyakit barah dan prosedur kemoterapi, tambah Kid, isterinya perlu menjalani pemindahan sum sum tulang yang dianggarkan membabitkan kos hampir RM60,000.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15  −  11  =