Isteri Caprice pengsan ‘diserang’ di media sosial

 Isteri Caprice pengsan ‘diserang’ di media sosial

PETALING JAYA : Gara-gara kecaman keterlaluan yang dilemparkan terhadap isteri Caprice sehingga mengakibatkan Farra Inalis pengsan dan menerima rawatan di hospital akibat tertekan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, kesal dengan insiden yang berlaku dan menghentikan ‘serangan’ terhadap isterinya. 

“Saya benar-benar salahkan diri saya sendiri atas apa yang berlaku. 

“Sejak kami berkahwin, isteri saya hilang privasinya dan dikecam kerana penampilan seksi. Mungkin tekanan itu menyebabkan isteri saya pengsan.

“Jangan serang dia, serang saya sahaja. Saya yang berjihad, yang bina aplikasi untuk umah, berjuang untuk Jerusalem dan imam untuk masjid saya. 

“Kalau ada yang gagal, orang itu adalah saya. Letakkan semuanya atas bahu saya dan bukan keluarga saya,” tulisnya.

Hantaran itu dikongsikan bersama video pendek menunjukkan Farra yang terbaring di katil hospital dan kelihatan tangan Caprice sedang menyentuh isterinya.

Terdahulu, Caprice membuat kejutan apabila berkahwin tanpa sebarang hebahan media dengan Farra, 26, yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu.

Farra yang juga seorang usahawan dan Instafamous mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aleesya Sofea daripada perkahwinan terdahulu serta mendedahkan sudah enam tahun bergelar ibu tunggal.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6  +  3  =