Ismail Sabri merasmikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

 Ismail Sabri merasmikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

BORNEO : Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah merasmikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi Jajaran Serian.

Difahamkan, projek berkenaan adalah hasil kerjasama dengan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri menerusi Highway National Delevelopment Planning (HNDP).

“Berita baik buat seluruh Keluarga Malaysia di Sarawak.

“Hari ini saya merasmikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi Jajaran Serian, Pakej Kerja 03.

“Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini adalah hasil perancangan rapi dan bersifat holistik antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Highway National Development Planning (HNDP),” kata beliau.

Menurut, Ismail Sabri, projek ini adalah bukti komitmen pihak kerajaan persekutuan dalam membangunkan rangkaian jalan raya serta menaik taraf jalan raya di kawasan pendalaman Sarawak.

“Projek ini merupakan bukti komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian jalan raya sedia ada bagi meningkatkan kesalinghubungan Keluarga Malaysia di Sarawak.

Dengan adanya Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, secara langsung ia dapat memastikan pembangunan sosio ekonomi dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat selari dengan hala tuju strategik RMK-12

“Tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Negeri Sarawak atas usaha merancang dan melaksanakan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Syabas! #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat,” ujar Perdana Menteri.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  2  =