IPGKIK, IPGKPI bangkit kecintaan budaya Melayu

 IPGKIK, IPGKPI bangkit kecintaan budaya Melayu

Oleh Mohd Azrone Sarabatin

RAMAI anak muda khususnya bakal pendidik bimbang terhadap kesenian Melayu yang dilihat semakin terpinggir, selain isu kerancuan bahasa yang seolah-olah tiada jalan penyelesaian. Kerancuan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah penggunaan bahasa yang mengelirukan dan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing.

Faktor ini dilihat berpunca daripada pengaruh luar yang merupakan ancaman terbesar sehingga ramai anak muda kurang mengenali pakaian tradisi dan alat muzik pribumi seperti canang, serunai, rebana, nafiri serta seruling.

Selain itu, generasi muda semakin menjauhkan diri daripada tarian tradisional Melayu seperti Mak Yong, Kuda Kepang, Zapin, Lilin, Gamelan, Cik Siti Wau Bulan, Asyik, Ayam Didik, Ceracai Inai dan Ulik Mayang. Sebaliknya, mereka terpengaruh dengan tarian seperti hip hop, rap, rock dan poco-poco.

Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Norani Abd Rahim berkata, ramai anak muda Ā tidak mengetahui setiap negeri mempunyai tarian dan lagu rakyat masing-masing yang diiktiraf kebudayaan nasional seperti Ala Changung, Anak Ayam, Anak Itik Tok Ti, Anak Ondeng, Bapa ku Pulang Dari Kota, Jong-Jong Inai, Trek Tek Tek dan Wau Bulan.

Beliau berkata, isu penggunaan bahasa rojak khususnya mencampuradukkan bahasa Melayu dan Inggeris semakin membarah dalam penggunaan bahasa harian malahan terbawa-bawa sehingga ke dalam mesyuarat atau menyampaikan ucapan ataupun pada sidang media.

Katanya, antara contoh sebutan bahasa rojak ialah ā€˜Ini off the record, pastikan jangan tulis atau sebarkanā€™, ā€˜Kenapa siarkan awal kenyataan media sedangka ia embargo?ā€™, `Baru nak belajar memandu di highway jangan pula dan berlagak racing macam Michael Schumacherā€™. `Melawak style bertengkar sampai boxingā€™, `Esok ada mesyuarat. Please punctureā€™, `Malam ini ada meeting AJKā€™ dan ` Tak jadi discussion malam ni, maybe esokā€™.

Norani yang juga Munsyi Muda Bahasa, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata, keadaan ini memberikan isyarat bahawa masyarakat kita kurang rasa cinta dan tidak megah menuturkan bahasa Melayu sepenuhnya dalam perbualan atau dalam program rasmi.

ā€œApabila berada di platform terbuka yang melibatkan pelajar di institusi lain dan juga orang awam, kompetensi berbahasa dengan baik adalah penting bagi menjaga nama baik diri, institusi dan Kementerian Pendidikan itu sendiri.

ā€œPendekatan komunikatif melibatkan aktiviti berkomunikasiĀ  amat menitikberatkan faktor kognitif dan sosiobudaya yang mempengaruhi kecekapan berbahasa sesorang siswa guru,ā€ katanya.

Isu ini diutarakan pada majlis Diskusi Budaya Antara IPG Kampus Ilmu Khas dengan IPG Kampus Pendidikan Islam yang mengupas Isu dan Cabaran Masa Depan Kebudayaan Nasional menggunakan aplikasi Google Meet, baru-baru ini.

Matlamat diskusi itu mencakupi pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.

Seterusnya meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih generasi muda supaya mempertahankan budaya nasional, mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia dan memartabatkan mutu kebudayaan nasional.

Seramai 30 siswa guru mengambil bahagian yang memberikan pelbagai pandangan dan idea yang lebih meluas dalam pelbagai perspektif.

Antara idea berkenaan adalah menerbitkan buku berkaitan kebudayaan nasional sebagai rujukan generasi muda dan siswa guru, kerjasama antara IPG dengan kementerian, jabatan dan agensi berkaitan kebudayaan selain bekerjasama dengan institusi pendidikan antarabangsa yang menawarkan pengajian Melayu.

Semua isu dibangkitkan ada yang dapat dibahaskan dan ada yang tidak. Kedua-dua IPG bercadang juga berbincang dalam tempoh terdekat dan ia akan dijadikan penanda aras untuk memperbaiki keadaan.

Idea dibahaskan antaranya, menjadikan budaya kaum lain sepertiĀ  Cina, India dan Siam sebagai budaya kebangsaan tetapi apakah ia diterima bangsa Melayu dan Bumiputera.

Ini termasuk tarian naga, singa, gendang dua puluh empat perayaan (Gendang Cina), Ā Tarian Bharata Natyam, KathakĀ  dan Bhangra. Tidak mustahil ia menjadi isu besar jika tidak ditangani secara bijak dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Sementara itu, Norani berkata, diskusi itu memberi peluang siswa guru menzahirkan idea bernas dengan keterampilan berbahasa yang baik ketika berbicara dalam program yang disiarkan secara langsung di platform terbuka.

Katanya, dalam konteks itu, aspek sosiolinguistik dan linguistik perlu diaplikasikan oleh mereka sebagai bahasa perhubungan sesama ahli masyarakat di samping menonjolkan keterampilan berbahasa yang baik dan boleh dicontohi.

Beliau berkata,Ā  melihat kejayaan program itu, kedua-dua kampus IPG terbabit bercadangĀ  meluaskan radar interaksi kuliah dengan beberapa lagi institusi pendidikan, malah bercadang mengembangkannya sehingga ke peringkat antarabangsa menggunakan platform bahasa Melayu.

ā€œIni tidak mustahil dapat dilaksanakan kerana Bahasa Melayu sudah tersebar luas ke seluruh pelosok dunia dengan tertubuhnya Kursi Pengajian Melayu Wilayah Eropah di Universiti Leiden, Belanda; Universiti Ohio, Amerika Syarikat; Universiti Victoria Wellington, New Zealand; Beijing Foreign Studies University (BFSU), Beijing dan Universiti Hankuk, Korea Selatan.

ā€œSelain itu, bahasa Melayu dipelajari secara meluas di Universiti Youngsan dan Universiti Busan, Korea Selatan; Universiti Deakin, Melbourne, Australia; Institut Negara-negara Asia dan Afrika, Universiti Negara Moscow Lomonosow, serta Universiti Negara St Petersburg di Russia.

ā€œKita juga akan melibatkan pelajar institusi yang menyertai Ā PidatoĀ Antarabangsa Bahasa MelayuĀ Piala Perdana Menteri (PABM)Ā yang dilaporkan melebihi 50 institusiĀ  termasuk Ā Universiti of Western Australia dan Uzbekistan State University of World Languages,ā€ katanya.

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

84  +    =  94