IPD Sentul selesaikan kes bunuh, ragut dan mercun

 IPD Sentul selesaikan kes bunuh, ragut dan mercun

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Polis Sentul berjaya menyelesaikan tiga kes yang mengganggu kesejahteraan dan keselamatan penduduk ibu kota

Pada sidang media hari ini, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memberitahu, kejadian pertama adalah kes bunuh melibatkan seorang lelaki berusia 21 tahun warga negara Pakistan.

Katanya, pada 18 Februari lalu, kira-kira jam 6 petang, pihak polis menerima maklumat satu mayat ditemui dalam sebuah bilik rumah kedai di Jalan Sentul dalam dalam keadaan tertiarap. Post-mortem mendapati mangsa cedera pada leher dan terdapat beberapa tetakan dan didapati meninggal dunia lebih 10 jam.

Susulan itu, polis IPD Sentul menahan dua suspek warga negara Pakistan berusia 22 dan 40 tahun, yang bekerja di sebuah restoran pizza dan seorang pemasang jubin. Motif pembunuhan adalah disebabkan suspek berhutang dengan mangsa. Polis turut menemui sebilah pisau dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Seksaan.

Dalam kejadian lain, IPD Sentul menumpaskan satu kumpulan kes ragut didalangi sepasang suami isteri dengan nama Adi B pada 17 Februari lalu menerusi Operasi Rentap. Menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang, pihaknya menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 33 tahun.

Polis Sentul merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama, cermin mata, lima jam tangan serta barangan kemas dan wang tunai RM1,100.10 dan sebuah motosikal.

“Nilai rampasan berjumlah RM15,000,” kata Beh sambil menambah, dengan penahanan semua suspek, polis berjaya menyelesaikan 18 kes yang mereka lakukan sejak aktif dari 2019. Semua suspek yang ditahan ada rekod jenayah lampau.

Kes ketiga melibatkan tangkapan dalam  Op Limau pada Tahun Baharu Cina lalu apabila polis menyerbu beberapa premis menjual mercun dan bunga api tanpa lesen. Tiga lelaki berusia 24 hingga 35 tahun ditahan manakala mercun dan bungi api bernilai RM100,000 dirampas.

 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  7