• Thursday, 17 June 2021, 2:01 pm

Intipati Sidang Media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) bersama KP Kesihatan

 Intipati Sidang Media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) bersama KP Kesihatan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Berikut adalah intipati kenyataan bersama YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam sidang media petang ini:

1. Kerajaan faham bahawasanya ramai pihak memohon dilaksanakan ‘total lockdown’ kerana bimbang kes yang kian meningkat.

2. Namun begitu, kerajaan juga faham ramai akan terkesan sekiranya ‘total lockdown’ ini dilaksanakan.

3. Satu ‘taskforce’ telah ditubuhkan terdiri daripada wakil beberapa Kementerian.

4. Pelaksanaan PKP 3.0 akan diperketatkan.

5. Jumlah sekatan jalan raya (SJR) akan ditambah.

6. Kehadiran di pejabat sama ada kerajaan dan swasta perlu dikurangkan.

7. 80 peratus kakitangan kerajaan akan diarah bekerja dari rumah.

8. Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan mengumumkan perincian selanjutnya.

9. 40 peratus pekerja swasta akan diarahkan untuk bekerja dari rumah dan akan diumumkan perinciannya oleh MITI.

10. Kapasiti pengangkutan awam seperti LRT dan bas dikurangkan ke 50 peratus, dan kekerapan dikurangkan.

11. Sektor Perniagaan boleh beroperasi bermula 8 pagi hingga 8 malam sahaja. SOP yang lebih terperinci boleh diakses di laman web.

12. Arahan ini berkuatkuasa di seluruh semenanjung dan Wilayah Labuan bermula 25 Mei 2021.

13. Pendaftaran (check-in) MySejahtera adalah WAJIB.

14. Pemantauan SOP di tempat tempat awam oleh agensi penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

15. Kawasan yang didapati berisiko tinggi melalui HIDE akan ditutup serta merta.

16. Operasi kedai makan, penjaja, kiosk, kedai serbaneka, pandu lalu, kedai runcit, makanan haiwan, stesen minyak, dobi, kompleks beli belah dihadkan kepada 8 pagi hingga 8 malam berbanding 6 pagi hingga 10 malam sebelum ini.

17. Operasi farmasi pula dihadkan dari 8 pagi hingga 10 malam.

18. Rakyat digesa untuk mengetatkan kawalan kendiri.

19. SOP akan dilonggarkan sekiranya kes terkawal. 

20. Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia telah melepasi angka setengah juta apabila 6,320 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes kini 505,115.

21. Pemakaian ‘double face mask’ tidak wajib, tapi digalakkan jika berada di tempat sesak dan berisiko tinggi.

 

 


Laporan lebih lanjut menyusul kemudian.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *