Intipati Laporan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2020

 Intipati Laporan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2020

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Berikut adalah intipati daripada Laporan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) 2020 yang dikeluarkan hari ini.

Matlamat laporan tersebut adalah untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran sekuriti dan derivatif yang adil, cekap, terjamin dan telus, serta untuk memudahcarakan pembangunan teratur  bagi pasaran modal yang inovatif dan berdaya saing.

  • SC akan terus menumpukan perhatian untuk mengekalkan intergriti pasaran dan fasilitasi inovasi pada tahun 2021 , kata Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar
  • SC selesaikan siasatan ke atas Goldman Sachs, terima penyelesaian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai US$3.9 bilion
  • SC bekukan aset berjumlah RM169.22 juta melalui permohonan injuksi dalam talian yang pertama ketika PKP, 
  • Pasaran modal malaysia terus meningkat kepada RM3.4 trilion pada 2020
  • Bursa Malaysia catat 19 penyenaraian baharu, modal pasaran RM11.9 bilion pada 2020
  • Jumlah bon terkumpul di malaysia naik lapanb peratus kepada RM1.61 trilion pada 2020
  • Jumlah dana padanan ramai berasaskan ekuiti meningkat 457 peratus pada 2020
  • Pasaran modal Islam 2020 membentuk 68.85 peratus dari keseluruhan pasaran modal
  • SC pertimbang 80 permohonan berkaitan pengambilalihan (M&A) pada tahun 2020
  • Keseluruhan dana komited bagi segmen ekuiti swasta (PE), modal teroka (VC) berjumlah RM11.70 bilion pada 2020
  • Sektor kesihatan dan teknologi mencatatkan prestasi paling cemerlang di Bursa Malaysia
  • Aset di bawah pengurusan (AUM) syarikat pengurusan dana berlesen meningkat kepada RM905.46 bilion pada 2020
  • 238 pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL), termasuk lesen individu pada 2020
  • 68 peratus perantara catat pematuhan baik, rangka cegah rasuah mencukupi
  • Aduan, pertanyaan pelabur berkaitan skim penipuan meningkat 70 peratus pada 2020
  • Pelabur runcit bergiat aktif dalam pasaran ekuiti pada 2020
  • Pengiktirafan aset digital sebagai aset dari segi shariah satu pencapaian bagi komuniti pasaran modal Islam
  • SC sertai sesi perkongsian maklumat secara kerap dengan dengan rakan sejawat untuk kenal pasti, menangani isu COVID-19
  • SC memastikan kestabilan dan kesinambungan sepanjang tempoh pandemik
  • Skim skim persaraan swasta (PRS) kekal tidak berubah dengan menawarkan sebanyak 12 skim pada tahun 2020
  • Langkah cegah COVID-19 timbul potensi risiko kemampanan perniagaan
  • Kepelbagaian gender dalam lembaga pengarah catat sedikit peningkatan pada 2020

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

67  −  59  =