Internet jadi keutamaan KKMM – Annuar

 Internet jadi keutamaan KKMM – Annuar

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan langkah kementerian itu dalam menjayakan aspirasi akses kemudahan Internet sebagai hak asasi manusia.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, internet dan connectivity (kesalinghubungan) adalah human right (hak asasi manusia).

“Langkah KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) seterusnya akan menjurus ke arah menjayakan aspirasi ini.

“Saya akan mengumumkan sesuatu dalam masa terdekat, Insya-ALLAH,” katanya dalam satu hantaran di Twitter rasmi beliau pada Sabtu.

Pada 30 Ogos lalu, Annuar yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia menekankan bahawa akses kepada kemudahan internet yang dianggap sebagai hak asasi manusia selain daripada keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat berteduh.

Beliau berkata, akses Internet merupakan satu perkara keutamaan yang akan beliau beri perhatian ketika menerajui KKMM.

Beliau berkata, selain program Jalinan Digital Negara (Jendela), akses kepada kemudahan Internet perlu dilihat secara keseluruhan kerana untuk menjadi sebuah negara maju dan moden, maka aspek kemudahan Internet dan berkaitan dengannya perlulah bertaraf dunia.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  80  =  86