Insiden SUKE : Menteri kesal, kontraktor telah berkali-kali dinasihat

 Insiden SUKE : Menteri kesal, kontraktor telah berkali-kali dinasihat

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup, jika sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, perkara itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam.

ā€œDalam pelaksanaan projek, jika misalnya nak alihkan ‘gantry launcher’, jalan perlu ditutup, jika jalan dah selamat, struktur itu pun selamat (dialih), maka barulah buka semula laluan tersebut,ā€Ā katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek-Projek di bawah pelaksanaan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai pagi tadi, yang menyebabkan tiga pekerja maut.

Melalui siasatan awal, ia berpuncaĀ apabila satu daripada komponen kren gantri terjatuh dan menghempap sebuah kenderaan.

Meluahkan kekecewaannya, Fadillah berkata kontraktor projek telah berkali-kali dinasihatkan supaya mematuhi SOP, namun kejadian serupa masih berulang, justeru beliau menggesa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), menyiasat dan jika kontraktor didapati tidak mematuhi SOP tindakan tegas akan diambil.

ā€œKontraktor ini boleh disenarai hitam, tidak diberi projek langsung selama dua tahun,ā€ katanya.

Beliau berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sebagai badan yang memantau dan agensi berkaitan, juga digesa menyiasat secara terperinci kejadian tersebut.

Sementara itu dalam majlis tersebut, Fadillah menyerahkan SST tujuh projek bernilai setengah bilion kepada wakil kementerian terlibat.

Projek tersebut ialah projek Jajaran ā€˜Central Spine Roadā€™ (CSR) dari Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Raub, Pahang sepanjang 15 kilometer yang bernilai RM297.69 juta.

Selain itu projek pembinaan fasa kedua Institut Kemahiran Islam Sarawak, projek membaik pulih dan menaik taraf masjid negara (Fasa) 3, dan projek kuarters Hospital Pulau Pinang.

Projek lain ialah projek membina dan menyiapkan baki kerja Klinik KesihatanĀ dan kuartersĀ serta kerja-kerja berkaitan di Bukit Ibam, Rompin Pahang.

Ia juga melibatkan projek pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun Terengganu, dan projek cadangan menaik taraf Pusat Latihan Kemas Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1