Insiden SUKE: Mayat ketiga berjaya dikeluarkan 3.58 pagi tadi – Bomba

 Insiden SUKE: Mayat ketiga berjaya dikeluarkan 3.58 pagi tadi – Bomba

Gambar Ihsan BOMBA KL

Oleh Suraya Ali

Kuala Lumpur — Mayat ketiga mangsa kren launcher runtuh yang tersepit selama dua hari berjaya dikeluarkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) kira-kira jam 3 pagi tadi.

Menurut Pengarah JBPM Kuala Lumpur, PKPJB Nordin Pauzi, operasi mengeluarkan mangsa yang telah terhempap di kerangka beam dan launcher gantry telah selesai dengan mengambil masa selama setengah jam beroperasi.

Gambar Ihsan BOMBA KL

“Operasi ini dilaksanakan dengan teliti oleh pasukan BOMBA selain mengambil langkah-langkah keselamatan dan pelbagai faktor telah di ambil kira untuk mengeluarkan mangsa terutama faktor keselamatan anggota penyelamat BOMBA dan operator kren,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Kejayaan operasi adalah hasil perbincangan dari semua pihak iaitu dari pihak DOSH, Polis dan kontraktor.

” Operasi ini bermula pada jam 0215 dan mengambil masa selama setengah jam, keadaan beam yang tidak stabil menyebabkan kesukaran kepada pasukan bomba dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan mangsa,”

Setelah pihak kontraktor dapat menstabilkan beam, pasukan bomba telah mendapat sedikit ruang untuk mengeluarkan mangsa daripada celahan beam.

“Pasukan penyelamat Bomba berjaya membawa turun mangsa di zon selamat dan melakukan kerja-kerja Decontamination dan Deprotection seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  1  =