Ini semua adalah salah faham – Adam Shahz

 Ini semua adalah salah faham – Adam Shahz


PETALING JAYA : “Assalamualaikum, artikel ini tidak melibatkan mana-mana produksi, termasuk @realjspictures dan memohon maaf secara terbuka diatas salah faham yang berlaku.

“Saya memohon maaf dengan pihak JS Pictures kerana salah penafsiran, serta JS Pictures tidak tertakluk dalam kenyataan artikel ini”.

Demikian komen pelakon Adam Shahz memohon maaf secara terbuka kepada JS Pictures berhubung kenyataan tentang sebuah produksi yang didakwa meneruskan penggambaran meskipun terdapat kru dan pelakon positif COVID-19.

Jelas Adam, kenyataan yang diberikan itu adalah disebabkan salah faham dan tidak melibatkan mana-mana produksi, termasuk JS Pictures yang dimiliki oleh pengarah dan penerbit, Jinggo bersama isterinya Sheila Rusly.

Kenyataan yang diberikan oleh Adam itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen berhubung isu berkenaan. 

Terdahulu, Adam menyelar tindakan sebuah produksi yang didakwa mahu meneruskan penggambaran meskipun mengetahui separuh daripada kru dan pelakon telah positif COVID-19.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  1