Ingkar arahan PKP, 12 dikompaun RM48,000

 Ingkar arahan PKP, 12 dikompaun RM48,000

Sebahagian daripada 12 orang yang dikompaun kerana gagal untuk mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara disebuah kondominium mewah di ibu negara

KUALA LUMPUR, 28 Jun —  Gara-gara ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 12 orang yang leka menyambut harijadi dikompaun RM4000 setiap seorang kerana gagal untuk mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara.

Dalam sebuah kenyataan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata pihak polis telah pergi ke sebuah kondominium mewah Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur kerana disyaki ada aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Polis melakukan serbuan masuk ke dalam premis dan telah menahan empat lelaki Cina dan lapan perempuan warga tempatan di kawasan ruang tamu,” katanya.

Kesemua mereka telah dikompaun atas kesalahan dibawah peraturan 17 PPPDPPB 2021 iaitu gagal untuk mematuhi arahan Ketua Pengarah dibawah SOP MKN (melakukan aktiviti sosial/aktiviti terlarang).

Mereka kemudiannya dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Dang Wangi Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan awal mendapati kesemua OKK (Orang kena kompaun) dijemput oleh OKK ke-12 bagi menyambut majlis hari lahirnya,” katanya.

Kesemua suspek telah dibuat saringan awal air kencing dan didapati semua suspek negatif dadah.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  69  =  75