Industri betta mampu cecah RM1 bilion pada 2030

 Industri betta mampu cecah RM1 bilion pada 2030

Oleh Mohd Kamal Ahmad

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Akitviti jual beli domestik dan eksport ikan pelaga (betta) negara diunjurkan mampu mencecah RM1 bilion menjelang 2030 iaitu kira-kira sembilan tahun akan datang.

Ir Zulkifli (dua dari kanan) bersama AJK persatuan meninjau premis betta.

Presiden Persatuan Pencinta Ikan Laga Liar Malaysia (Wild Betta Lovers Malaysia), Ir Haji Zulkifli Mohd Salleh berkata, unjuran itu tidak keterlaluan kerana kegiatan pencinta betta domestik dan eksport ikan spesies itu ketika ini dalam lingkungan RM400 juta.

ā€œSemestinya perniagaan betta adalah satu industri. Apabila kita kata industri maka ia merangkumi makanan, tumbuhan akua, penternak ikan, peraih ikan serta mereka yang membuat grafik, mengambil gambar dan video ikan bagi tujuan pemasaran.

ā€œIndustri betta turut melibatkan aktiviti penganjuran pertandingan kecantikan ikan, handler (mereka yang mengurus ikan untuk dihantar ke lokasi pertandingan), ubat-ubatan ikan, penjual daun ketapang dan mahang selain transhipper ikan dan banyak lagi. Banyak pihak dan peringkat dalam komuniti terlibat dalam rantaian industri ini,ā€ katanya kepada Wacana.my.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dua laporan Wacana.my sebelum ini mengenai hobi memelihara betta kian berkembang pesat dan penternak kecil-kecilan pun mampu meraih pendapatan lumayan walau dilakukan secara separuh masa.

Ir Haji Zulkifli berkata, potensi eksport betta termasuk wild betta amat besar memandangkan warga Eropah lebih menggemari ikan liar dan industri ini belum diterokai sepenuhnya. Negara lain yang mengimport betta ialah China dan Amerika Syarikat.Ā Negara juga menghadapi persaingan dengan Indonesia dan Thailand di pasaran antarabangsa.

Menurutnya, Persatuan Pencinta Ikan Laga Liar Malaysia dengan visi menjadikan industri wild betta Malaysia bertaraf dunia menjelang 2023 serta mempunyai misi dan pelan strategik untuk mencapainya.

Antaranya, menggubal, mengeluar serta membukukan terma dan syarat pertandingan, menganjurkan banyak siri pertandingan wild betta serta membuka platform perniagaan secara online dalam FB, Whatsap, Telegram dan juga mengadakan Betta Street Market.

Katanya, betta semakin ketara menjadi penyumbang utama eksport dalam industri ikan hiasan. ā€œKetika ini dalam anggaran RM400 juta dan dijangka melonjak kepada RM1 bilion pada 2030,ā€ katanya sambil menganggarkan ada 18,000 peminat wild betta di negara ini.

Ditanya apakah yang harus ada atau disediakan untuk mengangkat betta sebagai industri terancang, Ir Haji Zulkifli berkata: ā€œProfesionalisme dalam menguruskan rantaian perniagaan wild betta dari segi pemasaran, dari segiĀ pengurusan pertandingan, penjurian, prosedur untuk mengeksport serta menternak hanya ikan-ikan berkualiti.

Mengenai Ā pendapatan minimum atauĀ  maksimum seseorang penternak betta ketika ini, beliau menganggarkan jumlahnya antara RM3,000 sehingga RM10,000 sebulan.

Bagi memperkukuh dan mengembangkan industri ini Ir Haji Zulkifli berkata, adalah wajar Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bekerjasama erat dengan persatuan selaku rakan strategik untuk mencapai matlamat itu.

ā€œKementerian Belia dan Sukan juga perlu memainkan peranan supaya komuniti beliau dapat dibimbing untuk menjadikan mereka sebagai usahawan betta.Ā Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh juga memainkan peranan kerana banyak peluang kerjaya untuk OKU dalam industri wild betta ini,ā€ katanya.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  33  =  40