India, Taliban berunding di Qatar

 India, Taliban berunding di Qatar

(FOTO FAIL) Setiausaha Bersama Kementerian Luar Negeri India,Deepak Mittal, di Mahkamah Keadilan Antarabangsa semasa perbicaraan terakhir kes Kulbhushan Jadhav di The Hague, Belanda, 18 Februari 2019. REUTERS/Eva Plevier

NEW DELHI, 1 Sept —  India dan Taliban berunding mengenai beberapa isu, di Doha, Qatar pada Selasa ketika tentera Amerika Syarikat (AS) melengkapkan proses pengunduran mereka dari Afghanistan.
Rundingan berlangsung antara Duta India ke Qatar, Deepak Mittal dengan Ketua Pejabat Politik Taliban di Doha, Sher Mohammad Abbas Stanikzai, tertumpu berhubung isu keamanan, keselamatan dan proses membawa pulang rakyat India yang masih terkandas di Afghanistan, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar India.
“Mesyuarat berlangsung di Kedutaan India, Doha, atas permintaan pihak Taliban,” menurut kenyataan itu.
India menyatakan, ia membangkitkan beberapa isu termasuk menuntut jaminan supaya bumi Afghanistan tidak seharusnya dijadikan medan sebarang aktiviti anti-India dan sebarang bentuk keganasan lain dan menurut pegawai Taliban ‘isu itu akan ditangani secara positif’.

Sebelum tarikh akhir 31 Ogos untuk pengunduran tentera AS dari Afghanistan, India sudah pun membawa keluar ratusan rakyatnya dari negara itu termasuk kakitangan diplomatik.

“Penilaian secara keseluruhan yang kami buat adalah, kebanyakan warga India yang mahu pulang, sudah pun berjaya dibawa keluar,” kata jurucakap Kementerian Luar India pada Jumaat lalu.

Tidak diketahui berapa ramai rakyat India masih berada di Afghanistan.

India menjalin hubungan rapat dengan pentadbiran Ashraf Ghani yang disokong AS, sebelum Kabul dikuasai Taliban pada 15 Ogos lalu.
Baru-baru ini, media India melaporkan, Stanikzai berlatih di Akademi Tentera India di Dehradun pada 1980-an.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

94  −    =  91