Imbas nostalgia zaman sekolah – Rauf Yusoh

 Imbas nostalgia zaman sekolah – Rauf Yusoh


TANJUNG BIDARA – “Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan Jeram di sini memgimbau kembali nostalgia zaman persekolahan dan menaikkan semangat mengapa saya mahu berkhidmat di sini”.

Demikian ulas Calon Barisan Nasional (BN) Tanjung Bidara,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang menyerahkan takdirnya kepada Allah dan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

“Segala usaha telah dibuat dan segala gerak kerja telah dijalankan, saya yakin hari penentuan ini (pengundi) akan memberi sokongan kepada BN,” katanya pada sidang media ringkas selepas selesai proses membuang undi.

Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka tiba di SK Jeram pada jam 8.18 pagi.

Beliau turut dilihat menyapa beberapa pengundi warga emas sebelum melangkah masuk ke bilik pengundian.

Menurut Rauf, beliau berhasrat melawat semua PDM di DUN Tanjung Bidara dan akan meneruskan lawatannya ke seluruh PDM negeri Melaka.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  2  =  3