Iksmart.com.my bantu promosi produk tradisi Johor

 Iksmart.com.my bantu promosi produk tradisi Johor

KUALA LUMPUR, 5 Mei — Portal perniagaan iksmart.com.my┬ámensasarkan berlaku pertumbuhan ekonomi di kalangan warga Johor berikutan perubahan trend jual beli masa kini.

Pengerusi iksmart.com.my, Razrul Anwar Rusli berkata, portal tersebut mempunyai 500 peniaga dan sekurang-kurangnya 150 orang yang aktif berniaga menggunakan platform itu.

“Bagi rakyat Malaysia yang rindukan masakan tradisi negeri Johor, mereka boleh dapatkan pelbagai produk makanan dari sini,” katanya kepada Wacana.my.

Beliau berkata, matlamat utama iksmart.com.my adalah bagi membantu penggiat industri kecil dan sederhana (IKS) untuk mengubah strategi pemasaran mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Said Mohd Nazlin Said Ismail berkata, iksmart.com.my dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Usahawan, Peniaga dan Penjaja Kecil Johor Bahru sedang mengadakan karnival jualan amal.

Karnival Jualan Amal Aidilfitri itu berlangsung sejak 1 Mei lalu sehingga 12 Mei depan.

Karnival 12 hari itu sedang berlangsung di Balai Raya Taman Suria, Johor Bahru bermula 10 pagi hingga 9 malam.

Pelbagai kelengkapan persiapan hari raya seperti kuih-muih dan pakaian di jual disana.

“Rakyat Johor perlu bangkit pasca COVID-19 dan kami mahu menggalakkan warga Johor berniaga terutama golongan B40,” katanya.

Kepelbagaian produk yang terdapat diportal ini adalah seperti laksa Johor, kacang pol, snek dan makanan ringan.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  88  =  97