IKRAM bakal umum selamat atau tak

 IKRAM bakal umum selamat atau tak

SG PENCHALA : Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) akan mengumumkan status penempatan penduduk di Kampung Palimbayan, Sg Penchala, di sini, selamat didiami atau sebaliknya, 19 Januari ini.

Penempatan itu adalah kawasan yang tidak terjejas bencana tanah runtuh tetapi terletak berhampiran kawasan yang terjejas.

Ketua UMNO Segambut merangkap Pegawai Tugas-tugas Khas 1 (PTTK 1) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Mahadhir Sulaiman berkata, pihak IKRAM akan mengumumkan keputusan itu secara berperingkat.

“Peringkat yang pertama adalah kawasan yang tidak terjejas dengan bencana tersebut.

“Jika kajian IKRAM mendapati mereka selamat pulang ke rumah masing-masing, mereka boleh menduduki semula rumah mereka.

“Lebih kurang 121 keluarga mangsa tanah runtuh ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat dan sebahagian daripada mereka menyewa di tempat berdekatan,” katanya kepada Wacana my

Pada 20 Disember 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk memindahkan seluruh penduduk Kampung ke PPR.

Datuk Mahadhir meninjau kawasan tanah runtuh

Berikutan itu, IKRAM membuat kajian selama dua minggu dan mengumumkan keputusan lokasi tanah runtuh tidak selamat untuk diduduki.

Dari segi membina semula rumah mereka ataupun dari segi kerja-kerja bumi, maksudnya macam mana platform kediaman mereka ini dibuat kerana ia menelan belanja yang besar, jadi saya merayu kepada mereka yang terlibat khususnya pihak kerajaan bekerjasama untuk membangunkan kawasan ini semula.

Mayudi bin Ahmad, Pengerusi Kampong Palimbayan berkata, dia mewakili penduduk kampung berterima kasih kepada NGO, NADMA , MPP Zon 2 Segambut dan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Wilayah Persekutuan yang turun padang membantu sewaktu kejadian tanah runtuh sehingga ke hari ini.

Mayudi bin Ahmad, Ketua UMNO Cawangan Kampong Palimbayan

“Kami berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dan perancangan yang teliti dibuat oleh pihak kerajaan untuk membantu membina semula kehidupan penduduk Kampung Palimbayan.

Wacana.my membuat tinjauan di lokasi tersebut mendapati kerja-kerja baik pulih masih lagi dijalankan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *