Idris Haron silap langkah di Melaka – Parti Putra

 Idris Haron silap langkah di Melaka – Parti Putra

Presiden Parti Putra, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Kenyataan Datuk Seri Idris Haron Pakatan Harapan (PH) patut di beri peluang menubuhkan kerajaan di Melaka ketika timbul berita beliau akan di calonkan sebagai Ketua Menteri adalah satu kesilapan.

Menurut Presiden Parti Putra, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali atau Tok Him, tindakan Idris itu menimbulkan persepsi tindakannya sebelum ini adalah untuk mengejar jawatan Ketua Menteri (KM) pada masa untuk mencegah penyelewengan Kerajaan Melaka di bawah bekas KM Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Tambah Tok him lagi, sepatutnya Idris bersama tiga rakannya mengesa Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Ali Rastam untuk menubuhkan kerajaan baru dengan memanggil semua ADUN Melaka dan mencari ADUN yg mendapat sokongan majoriti untuk di lantik KM baru.

“Beliau tidak perlu menyebut PH patut menubuhkan Kerajaan dan seolah olah beliau bakal KM, mungkin ini yang menyebabkan Tun Ali  terburu buru membubarkan DUN Melaka seolah olah mahu menghalang jangkaan PH akan mendapat sokongan majoriti utk menubuhkan Kerajaan,” katanya.

Menurut beliau, proses untuk ganti Kerajaan baru terbantut kerana DUN Melaka di bubar.

“Masing-masing tidak ada kesabaran kerana keghairahan agenda politik mendahului kepentingan rakyat dan Negeri Melaka.

“Yang di kendong tercicir, yang di kejar tak dapat, dan parti-parti yang terlibat semua terduduk,” katanya mengulas situasi terkini pergolakan politik di Melaka.

Menurut Ibrahim lagi, Idris sebelum ini dianggap wira Melaka kerana bertindak menyelamat kepentingan rakyat dan kerajaan Melaka dari kerakusan kepimpinan yang sedia ada.

“Sepatutnya beliau kekal tanpa menunjukkan sikapnya itu dan kekal menyatakan kesetiannya sebagai ahli UMNO.

“Bila tiba Pilihanraya Negeri, Idris sepatutnya bertanding secara bebas dan akan menang kerana di julang sebagai Wira Rakyat Melaka,” katanya.

Tambahnya lagi, ahli UMNO yang lain juga sebahagian akan memilihnya kerana ahli UMNO juga mahu membersihkan parti keramat orang melayu itu yang di lihat sudah kotor dengan berbagai isu.

PH tidak perlu meletakan calon di tempat Idris bertanding, malah memberi sokongan kepada beliau.

Ibrahim turut mencadangkan Idris bertanding atas tiket parti yg tidak berada dalam blok blok yang sedia ada bagi mempamerkan bahawa beliau tidak menjadi alat kepada blok blok tertentu.

“Ini akan membuka ruang kepada sebahagian ahli umno yang lain untuk menyokong dan mengundi beliau, Ibarat bakar kelambu sedikit untuk kejutan dan bukan bakar habis,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *