Ibu gajah mati lahirkan anak songsang

 Ibu gajah mati lahirkan anak songsang

[gambar hiasan]

Oleh Nurman Nasyriq

MERSING, 14 Feb: Seekor gajah betina mati ketika melahirkan anaknya di Ladang Mados, Lenggor di sini semalam.

Seorang kakitangan ladang itu menyedari seekor gajah betina mahu melahirkan anak kira-kira jam 1.30 petang sebelum menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Susulan itu tiga petugas Perhilitan Mersing bergegas ke ladang tersebut dibantu enam pekerja Ladang Mados bagi memantau keadaan.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, setelah menunggu beberapa jam, pada jam 5 petang gajah itu dilihat tidak bergerak.

“Pemerhatian dijalankan mendapatinya sudah mati. Hanya kaki anak gajah yang terkeluar dan siasatan lanjut mengesahkan bahawa kedudukan anak gajah tersebut songsang.

Anak gajah yang turut mati kerana dilahirkan secara songsang, semalam

“Anak gajah itu mati disebabkan dystocia iaitu obstructed labour,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bangkai ibu dan anak gajah tersebut kemudian ditanam dengan bantuan pekerja ladang.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  6  =