Ibu ambil tindakan undang-undang sebabkan bayi melecur

 Ibu ambil tindakan undang-undang sebabkan bayi melecur

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU – Seorang ibu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah pusat penjagaan ibu dan bayi di Jalan Sutera, Taman Sentosa di sini yang didakwa mengakibatkan bayinya yang berusia 26 hari melecur di bahagian belakang badan akibat terkena air panas.

Tan Xin Ping, 25, dari Taman Istimewa berkata, tindakan itu diambil selepas pengurus pusat penjagaan tersebut sebelum ini berjanji akan membayar pampasan sebanyak RM45,000 selama 12 bulan atas kecuaian seorang daripada pengasuhnya supaya kes tidak dibawa ke mahkamah, tetapi berhenti membayarnya.

Bayi lelaki melecur pada bahagian belakang badan terkena air panas semasa dimandikan pengasuh di sebuah pusat jagaan ibu dan anak di Taman Sentosa, Johor Bahru pada Oktober lalu.

Dia yang merupakan suri runah berkata, pusat penjagaan tersebut hanya membuat bayaran sebanyak RM14,733 selama tiga bulan setakat Januari lalu sejak kejadian itu berlaku pada 26 Oktober 2020.

“Selama tiga bulan itu saya terpaksa menelefon pengurus pusat penjagaan itu meminta bayaran pampasan. Pusat jagaan itu seakan-akan liat mahu bayar sedangkan ini adalah kecuaian mereka.

“Pada mulanya semasa kejadian, tiga pengasuh di pusat jagaan itu tidak mengaku menyebabkan anak lelaki saya melecur semasa memandikannya. Namun apabila saya buat laporan di Balai Polis Larkin pada hari yang sama, barulah seorang daripada pengasuh itu yang berusia 30-an mengaku,” katanya dalam sidang media di Pejabat MCA Bahagian Pasir Gudang di Taman Johor Jaya, di sini hari ini.

Selepas kejadian tersebut dan dalam keadaan berpantang dia terpaksa membawa bayi sulungnya itu ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru sebelum ditahan dan mendapat rawatan selama empat hari.

Dia dan suami, Oon Yem Hao, 30, kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pusat penjagaan tersebut yang tidak segera membawa bayi mereka ke klinik atau hospital sejurus terkena air panas.

“Saya pergi ke pusat jagaan itu selepas membayar pakej berpantang di sana dan penjagaan bayi saya. Selepas kejadian ini saya terus meninggalkan pusat jagaan tersebut.

Kesan melecur pada bayi dapat dilihat dengan jelas

“Dalam perjanjian pusat jagaan itu setuju membayar RM45,000, iaitu sebagai pampasan, memulangkan semula bayaran pakej rawatan, kos rawatan di hospital sebelum ini termasuk kos rawatan susulan dan suntikan vaksin untuk bayi saya, tetapi sejak Januari lalu tidak lagi membayarnya,” katanya.

Justeru, dia dan suami nekad untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pusat jagaan itu bagi memberi pengajaran selain menjadi lebih bertanggungjawab selepas ini termasuk memastikan insiden sama tidak berulang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

21  +    =  28