Ibarat pelangi selepas hujan, terima kasih KWP

 Ibarat pelangi selepas hujan, terima kasih KWP

PUTRAJAYA, 27 Jan 2022 – Sumbangan wang tunai RM150 dan buah limau sempena sambutan Tahun Baharu Cina, mengharukan komuniti Cina di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Bantuan dihulurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Putrajaya, sebagai usaha menyemarakkan perayaan khususnya bangsa Tionghua di wilayah ini.

Rata-rata penerima bantuan meluahkan rasa terharu kerana bantuan berkenaan menambahkan keceriaan setelah dua tahun tiada sambutan atau perhimpunan keluarga berikutan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) bagi mengekang Covid-19.

Pesara, Lim Ken Wan

Pesara, Lim Ken Wan berkata, setiap sumbangan KWP amatlah dihargai tambahan pula ramai yang terjejas bukan sahaja kesan banjir baru-baru ini, malah kesusahan yang dialami sejak kekangan pergerakkan sepanjang dua tahun lalu.

“Kesusahan rakyat bukan bermula sejak banjir, tetapi sejak PKP lagi, ramai menganggur, hilang kerja dan masalah kesihatan.

“Setelah dua tahun sejak penularan wabak COVID-19, sambutan Tahun Baharu Cina kurang meriah, jadi bila mendapat sumbangan daripada Datuk Seri Syahidan dan KWP ini, dapat menyemarakkan lagi sambutan pada kali ini, terima kasih saya ucapkan.

“Ia mengharukan ibarat memberi pelangi setelah hujan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sumbangan oleh KWP kepada 38 orang komuniti Cina dan wang tunai sebanyak RM150 setiap seorang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KWP, Datuk Rosida Jaafar, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Naib Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadhlun Mak Ujud Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun serta Pengerusi MPP Putrajaya

Pegawai Imigresen, Enn Chun Ann

Pegawai Imigresen, Enn Chun Ann berkata, dia terkejut apabila namanya terpilih untuk menerima sumbangan dan menganggapnya rezeki menjelang perayaan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan dengan pemberian sumbangan ini kepada kami, khusus rakyat cina yang ingin menyambut Tahun Baharu Cina, dan semperna Hari Wilayah.

“Ini merupakan kali pertama saya menerima sumbangan ini, dan bersyukur sangat kerana terpilih menerima sumbangan kali ini, ini pun jiran saya yang daftarkan nama untuk menjadi salah seorang penerima,” katanya.
.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  81  =  88