Hutan di pinggir Baitulmaqdis terbakar

 Hutan di pinggir Baitulmaqdis terbakar

Asap tebal kelihatan akibat kebakaran hutan di kawasan pergunungan di Baitulmaqdis. – Foto AFP

BAITULMAQDIS, 16 Ogos — Penduduk beberapa perkampungan di pinggir Baitulmaqdis dipindahkan semalam berikutan kebakaran hutan yang besar, kata polis Israel.

Anggota bomba dengan sokongan pesawat pemadam api berusaha mengawal kebakaran yang menyebabkan asap tebal menyelubungi bandar itu.

Menurut kenyataan polis, antara perkampungan yang terancam ialah Beit Meir, Shoeva dan Ramat Raziel di barat Baitulmaqdis, berhampiran lebuhraya utama menghubungkan bandar itu dengan hab komersial di Tel Aviv.

“Penduduk dipindahkan dan beberapa jalan ditutup susulan api semakin marak merebak akibat ditiup angin,” katanya.

Sementara itu, jurucakap pasukan bomba Baitulmaqdis berkata pasukan bomba dari wilayah lain turut dikerah bagi membantu mereka.

Sebelum ini berlaku kebakaran di kawasan sama lebih minggu lalu tetapi dapat segera dikawal tetapi kebakaran baru semalam belum diketahui puncanya.

Beberapa negara Mediterranean juga kini bergelut dengan kebakaran hutan termasuk Greece, Turki dan Algeria, yang turut mencatatkan rekod peningkatan suhu tertinggi dalam sejarah. – AFP

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  4  =