Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Hungary, negara Eropah pertama peroleh vaksin China

BEIJING 17 Feb: Bekalan vaksin COVID-19 yang dihasilkan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) telah selamat tiba di Budapest, Hungary pada Selasa lalu.
Dalam Kesatuan Eropah (EU), Hungary adalah negara pertama menggunakan vaksin keluaran China.
Majlis penyerahan vaksin itu dihadiri Setiausaha Negara Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Tamas Menczer dan Duta China ke Hungary, Qi Dayu di Lapangan Terbang Antarabangsa Liszt Ferenc, pagi Selasa lalu.
Menczer menyatakan, vaksin China itu amat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat negaranya.
“Menurut kontrak pembelian, bekalan vaksin kumpulan pertama akan sampai di sini selewat-lewatnya hujung bulan ini.
“Kami sangat gembira melihat vaksin itu tiba lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya.
Institut Farmasi dan Pemakanan Nasional Hungary (NIPN) meluluskan penggunaan vaksin yang dihasilkan oleh Sinopharm pada 29 Januari sekali gus menjadikannya negara EU pertama berbuat demikian.