Hubungan Malaysia-Jepun strategik dan bernilai tinggi – Duta Jepun

 Hubungan Malaysia-Jepun strategik dan bernilai tinggi – Duta Jepun

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun adalah strategik dan bernilai tinggi kata Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka.

Kerjasama antara kedua negara tidak terbatas dan banyak kemajuan telah dicapai menerusi Dasar Pandang ke Timur Malaysia, kata beliau dalam ucapannya yang disiarkan secara dalam talian bersempena dengan Sambutan Hari KebangsaanĀ  Jepun.

Beliau berkata perdagangan dan pelaburan yang besar di bawah polisi tersebut telah menjadi pendorong kepada hubungan dua hala dengan kira-kira 1,500 syarikat Jepun di Malaysia telah mewujudkan 340,000 pekerjaan dalam sektor pembuatan sahaja.

Jepun yang merupakan pelabur terbesar di Malaysia pada 2019, kini berkembang daripada fokus tradisi pada barangan elektronik kepada pembuatan bernilai tambah yangĀ tinggi seperti peralatan perubatan dan sektor perkhidmatan seperti, digital,Ā industri halal dan logistik.

ā€œKita akan berusaha sepenuhnya bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan daripada Jepun untuk menyokong usaha kerajaan Malaysia mempertingkatkan lagi produktiviti,ā€ katanya.

Satu lagi kerjasama utama adalah pendidikan dan pembangunan manusia dan sejak pelancaran Polisi Pandang ke Timur hampir 40 tahun lepas, kira-kira 27,000 rakyat Malaysia telah menerima manfaat daripada melanjutkan pelajaran di Jepun.

ā€œSebaik pulang ke Malaysia, mereka ini telah memainkan peranan penting di barisan hadapan setiap bidang dan memberikan kekuatan unik kepada asas perhubungan rapat antara kedua negara,ā€ katanya lagi.

Oka juga bercakap mengenai kerjasama dalam menangani cabaran yang dihadapi akibat pandemik COVID-19 dengan Jepun menyediakan pelbagai bentuk sokongan kepada rakyat Malaysia.

Ini termasuklah pembekalan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan perubatan lain.

Mereka juga menyokong pembentukan pusat ASEAN untuk Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Baharu yang Muncul bagi membantu negara membangunĀ ASEAN membangunkan keupayaan mereka menghadapi penyakit berjangkit.

Untuk kedua-dua tujuan itu, Jepun telah menyumbangkan US$60 juta manakala mereka telah komited dengan satu lagi sumbangan bernilai US$300 juta untuk menyokong pembangunan dan pengedaran global vaksin COVID-19.

— BERNAMA

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

63  −  53  =